Isnin, 13 Jun 2011

Iman Seorang Muslim



Tarikh   : 12 Jun 2011
Tempat : Pejabat ABIM Sabah, Sembulan
Masa    : 10.00 pagi - 12.30 tengahari

Tajuk    : Iman seorang Muslim .
Dari Umar r.a juga dia berkata : 
Ketika kami duduk-duduk disisi Rasulullah S.A.W suatu hari tiba-tiba datanglah seorang laki-laki yang mengenakan baju yang sangat putih dan berambut sangat hitam, tidak tampak padanya bekas-bekas perjalanan jauh dan tidak ada seorangpun diantara kami yang mengenalnya. Hingga kemudian dia duduk dihadapan Nabi lalu menempelkan kedua lututnya kepada kepada lututnya (Rasulullah S.A.W) seraya berkata: “ Ya Muhammad, beritahukan aku tentang Islam ?”, maka bersabdalah Rasulullah S.A.W: “ Islam adalah engkau bersaksi bahwa tidak ada Ilah (Tuhan yang disembah) selain Allah, dan bahwa Nabi Muhammad adalah utusan Allah, engkau mendirikan shalat, menunaikan zakat, puasa Ramadhan dan pergi haji jika mampu “, kemudian dia berkata: “ anda benar “. Kami semua heran, dia yang bertanya dia pula yang membenarkan. Kemudian dia bertanya lagi: “ Beritahukan aku tentang Iman “. Lalu beliau bersabda: “ Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan hari akhir dan engkau beriman kepada takdir yang baik maupun yang buruk “, kemudian dia berkata: “ anda benar“. Kemudian dia berkata lagi: “ Beritahukan aku tentang ihsan “. Lalu beliau bersabda: “ Ihsan adalah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatnya, jika engkau tidak melihatnya maka Dia melihat engkau” .
Kemudian dia berkata: “ Beritahukan aku tentang hari kiamat (kapan kejadiannya)”. Beliau bersabda: “ Yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya “. Dia berkata: “ Beritahukan aku tentang tanda-tandanya “, beliau bersabda: “ Jika seorang hamba melahirkan tuannya dan jika engkau melihat seorang bertelanjang kaki dan dada, miskin dan penggembala domba, (kemudian) berlomba-lomba meninggikan bangunannya “, kemudian orang itu berlalu dan aku berdiam sebentar. Kemudian beliau (Rasulullah) bertanya: “ Tahukah engkau siapa yang bertanya ?”. aku berkata: “ Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui “. Beliau bersabda: “ Dia adalah Jibril yang datang kepada kalian (bermaksud) mengajarkan agama kalian “.
          ( Riwayat Muslim)


Hadis ini adalah hadis yang biasa digunakan jika melibatkan pengertian Islam, Iman dan Ihsan. Antara pengajaran yang terkandung di dalam hadis ini adalah:

1.Tidak ada cela bagi mereka yang berkata secara jujur "Saya tidak tahu," kerana sesungguhnya manusia ini sangatlah lemah dan serba kekurangan dan Allah jualah yang Maha Mengetahui.

2.Sungguhpun Rasulullah sudah maklum akan jawapan kepada pertanyaan-pertanyaan tersebut, namun mengapa Baginda ditanya lagi? Ini adalah kerana manusia sifatnya itu mudah lupa dan perlu sering kali diingatkan agar tidak lalai. Sedangkan Rasulullah juga diingatkan, apa lagi kita masyarakat zaman sekarang yang sedikit amalannya.


3.Hamba melahirkan tuannya bermaksud, anak-anak memperlakukan ibu bapa sebagaimana tuan memperlakukan hambanya. Ini adalah antara tanda-tanda Kiamat yang semakin berleluasa.Sama-samalah kita rungkaikan pengajaran-pengajaran daripada Hadis ini..

Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah dengan menegaskan): Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari apa yang mereka sifatkan. (Surah Al-Anbiya’ 21: Ayat 22)
Sesungguhnya Allah itu Esa.. "Aku bersaksi bahawa Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah". Untuk menjadi seorang muslim, perkara asas adalah mengucap dan meyakini kalimah ini dengan sebenar-benarnya.
Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan mereka beribadah kepadaKu. Aku tidak mengkehendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan Aku tidak mengkehendaki mereka memberi makan kepadaKu. Sungguh Allah, Dialah Pemberi Rezeki yang mempunyai kekuatan lagi kukuh" (Surah Az-Zariyat, 56-58)
Sesungguhnya Allah tidak rugi jika kita tidak menurut perintahnya, tidak berubah kedudukanNya sebagai khalik kerana perbuatan kita. Tetapi kitalah yang menguntungkan dan merugikan diri kita sendiri dengan amalan dan perbuatan kita. Allah bukan seperti bos sebuah syarikat, yang mana kedudukannya rapuh jika anak2 buahnya gagal melaksanakan kerja dengan baik dan semakin baik kedudukannya jika anak-anak buahnya menjalankan tugas dengan sempurna. Sesungguhnya Allah itu Maha Agung dan tidak bergantung ke atas sesuatu pun. Namun, manusia dan sekalian makhluk bergantung kepada Allah dalam setiap sesuatu. ALLAHUAKBAR!!

Sedikit tips, khususnya bagi pelajar.. Amalkan solat Dhuha setiap hari kerana ianya adalah salah satu ibadah yang insyaAllah akan dimurahkan rezeki kita dengan pengamalannya kerana Allah. Luangkan sedikit masa untuk menunaikan solat ini. Sesungguhnya masa juga adalah kurniaan Allah, mengapa tidak kita menginfakkan masa yang berharga itu di jalan Allah?? Semoga Allah merahmati dan memberkati kita semua. Semoga juga urusan dunia akhirat kita dipermudahkan. 

Terdapat juga hadis yang menjelaskan bahawa, Allah mengharamkan Syurga kepada nabi dan umat terdahulu sebelum Nabi Muhammad S.A.W dan umat Baginda masuk ke Syurga. Sangat tinggi kedudukan yang diberikan kepada umat Nabi Muhammad. Tidakkah kita sebagai umatnya menghargai penghormatan ini?? Bukankah Syurga itu adalah target kita yang utama? Usah disia-siakan pengiktirafan sebegini. Amatlah merugikan orang-orang yang gagal menjalankan tangunggjawab sebagai hamba Allah yang abadi.

Bersama-samalah kita saling ingat mengingati akan tanggungjawab sebenar kita di bumi ini dan sentiasa berpesan-pesan dengan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Bersama-sama juga kita berusaha meningkatkan keimanan kita kepada agar kita menjadi orang-orang yang bertaqwa. Sesungguhnya tidak bergunalah amal kebaikan yang kita lakukan melainkan kita beriman sepenuhnya. Wallahu'alam..


1 ulasan:

  1. iringi iman dgn ilmu..spya lebih teguh dan kukuh...ilmu itu bukan ilmu sains..tapi ilmu mengnali dan mendekati Ilahi..hehe..

    BalasPadam

Light Green Pointer