Sabtu, 3 Disember 2011

Muktamar Siswazah Muda ABIM Sabah (SISMA) sesi 2011/2012 (DA'IE MASSA-MEMENUHI CIRI GENERASI AL-FALAH)

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wth....



Pada 20 November 2011/ 24 Zulhijjah 1432 Hijrah yang lalu  selepas sahaja berakhirnya SEMINAR PEMERKASAAN MAHASISWA : MEMUGAR IDEALISME MAHASISWA DINAMIK pada sidang pagi,sebelah petangnya disusuli dengan kalimat suci Alhamdulillah dan rasa bersyukur yang paling tulus kami panjatkan serta dengan perkenan Yang Maha Esa dan Maha Kuasa mengizinkan kami seluruh keluarga SISMA SABAH untuk melangsungkan Muktamar Siswazah Muda ABIM Sabah (SISMA) yang julung kalinya dibuat sejak mula ditubuhkan. 

Muktamar SISMA SABAH kali pertama ini berlangsung di Dewan Resital, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kehadiran Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Pusat Tn. Hj Amidi Abdul Manan, Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Sabah Dr. Abdullah Bade, Timbalan Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Sabah saudara Mohd Zikri bin Zainuddin, Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) saudara Ahmad Fahmi bin Mohd Samsuddin, Timbalan Pengerusi 1 HEWI PKPIM saudari Hawa Mas Azmar binti Ahmad, Penolong Setiausaha Agung 2 saudari Siti Nur Dalila binti Melatu Samsi, exco-exco kanan ABIM Sabah dan ahli-ahli Siswazah Muda ABIM Sabah (SISMA) serta sidang hadirin  hadirat yang memenuhi seisi dewan.

Dengan bertemakan ucapan dasar oleh tuan pengerusi Siswazah Muda ABIM Sabah (SISMA) saudara Mohd Kamaluyasir bin Mansor iaitu DAIE MASSA-MEMENUHI CIRI GENERASI AL-FALAH menjadi pembuka gelanggang medan meneruskan perjuangan buat seluruh keluarga SISMA SABAH.


Ucapan Dasar daripada Tn.Pengerusi SISMA SABAH sesi 2011/2012 
(Saudara Mohd Kamaluyasir bin Mansor)
Pemilihan tema ''Dai'e Massa- Memenuhi Ciri Generasi Al-Falah'' bertujuan memberi penegasan terhadap keperluan roh perjuangan dai'e selaku juru bicara ummat untuk diketengahkan, disebar,dikongsi dan disuburkan bersama dengan angkatan muda dan masyaraakat luar amnya yang kini semakin halus dicincang ketajaman arus pembangunan dalam dunia material semata. Dai'e masa boleh dijelaskan sebagai persediaan (isti'dad) yang dinamik dan transformatif dalam diri mahasiswa yang amat penting untuk kita bersikap dan memposisikan diri dalam konteks yang sesuai dengan perkembangan semasa. Pada masa yang sama memperlengkap mahasiswa dengan ciri-ciri terbaik bagi memenuhi keperluan Generasi Al-Falah. Seharusnya kita sendiri menjadi media kepada massa dalam gerak kerja menyelamatkan akidah dam menyampaikan risalah ke segenap lapisan individu di samping menjadi jurubicara ummat.

Bagi seluruh keluarga SISMA perhimpunan seperti ini adalah antara medan forum terpenting untuk memberi ruang kesempatan kepada setiap perwakilan yang terdiri daripada barisan kepimpinan muda di peringkat sekolah menengah sehingga institusi pengajian tinggi awam dan swasta untuk bersuara menyentuh tentang perjalanan SISMA, membincangkan isu-isu, menyuarakan pandangan, menyarankan cadangan dam merumuskan kesepakatan, agar gagaan diimani masyarakat, agar gagasan rahmatan lil-alamin yang kita  dokongi mampu difahami diimani masyarakat, dalam usaha melangsungkan perjuangan warisan anbiya' ini. Dinamisme organisasi mampu dipertingkat, jika setiap perwakilan SISMA Sabah secara jujur, ikhlas, berani dan tegas, menyuarakan kebenaran. Pada masa yang sama, kepimpinan yang memandu organisasi akan menjadi bertambah berkesan, jika pemimpin pula bersedia, dengan berlapang dada dan berfikiran terbuka, menerima dan memberi perhatian kepada setiap teguran, pandangan, saranan dan cadangan yang disuarakan. Hakikatnya kita semua menggalas amanah yang sama dan akan dipertanggungjawabkan di hadapan rabbul-jalil kelak. 

Setiap gerakan memerlukan pendokong yang bertindak dalam linkungan mad'u. Begitu juga Siswazah Muda ABIM Sabah (SISMA) yang berperanan sebagai sayap utama Angakatan Belia Islam Malaysia (ABIM) di Sabah. SISMA yang dianggotai oleh para pelajar sekolah  dan para siswa/siswi yang sedang menuntut di sekolah-sekolah menengah atau di institusi-institusi pengajian tempatan dan juga graduan lepasan pengajian untuk berpartisipasi secara aktif dan serius dalam aktiviti-aktiviti belia. Ianya ditubuhkan khusus untuk melatih dam melahirkan para siswazah muda islam yang dinamik dan menguasai segala lingkup kemahiran yang mampu menyumbangkan tenaga dalam usaha-usaha dakwah dan kebajikan dalam kalangan masyarakat di Sabah. SISMA juga berperanan dalam melahirkan intelektual-intelektual muda yang dapat menyumbang kepada pembangunan ummah dan menyokong serta mendokong ABIM dalam misi memacu Khayra Ummah.

Kemana Arah SISMA?

Dari tahun ke tahun, budaya dan pembawakan sosial dalam kalangan mahasiswa semakin terbuka, seiring dengan pembawakan budaya hedonisme yang semakin menular dan telah melalui beberapa siri '' evolusi'' yang menjadikan permasalahan sosio-budaya IPT bertambah kompleks. Beberapa terbitan permasalahan lain yang wujud semestinya menuntut golongan mahasiswa yang membawa idealisme Islam menilai permasalahan ini secara bersama, menyeluruh dan mengenalpasti bentuk komitmen yang perlu bagi memperbaikinya. Tugas amar makruf nahi munkar ini adalah tugas kolektif yang wajar dikongsi setiap muslim yang sedar akan tanggungjawab. Oleh itu, pembawaan fikrah islamiyah dominan di kampus bukanlah sesuatu yang bersifat satu hala sahaja oleh segolongan tertentu yang dirasakan lebih uslubnya (pendekatan) dari lain yang lain. Ini perlu jelas.

Pembawaan fikrah islamiyah di kampus ini bertujuan untuk memastikan Islam menjadi teras kehidupan di kampus sehingga mahasiswa meletakkan ubudiyyah mutlaknya hanya kepada Allah SWT dan menginsafi perana sebagai 'abd dan khalifah di muka bumi. Untuk itu sebarang usaha dan pendekatan yang dilakukan harus berlaku di dalam framework (kerangka kerja) syara' bagi mengundang keberkatan dari Allah SWT. Beberapa pemalar dan pembolehubah harus diperhatikan dalam konteks sebuah institusi pengajian seperti Maqasid Syariah, Uruf (budaya), istihsan dan juga Sad Al-Zara'i (menutup jalan-jalan kerosakan)

Sebagai sebuah gerakan mahasiswa berorientasikan dakwah, SISMA akan terus kekal berusaha menjana dan menjayakan agenda penegakan syariat di Sabah. Ia dilaksanakan untuk menyempurnakan amanah daripada Allah SWT sebagai seorang abd' dan khalifah bagi mendapatkan redha-Nya, supaya Islam menjadi amalan hidup dalam diri, masyarakat dan negara. SISMA juga akan sentiasa bertindak secara objektif mengikut konteks keadaan semasa, sepertimana termaktub di dalam penyataan misi memimpin belia Islam. Jelas di sini bahawa arus perubahan membawa masyarakat Sabah untuk menghayati Islam sebagai sistem kehidupan harus bermula dari ''rebungnya''. Usaha dakwah dan tarbiyyah harus disemarakkan di menara gading. Pembinaan individu pemikir, pendokong dan pekerja dalam kalangan mahasiswa adalah satu tanggungjawab bersama yang cukup kritikal bagi memastikan kelangsungan usaha dakwah di kalangan generasi muda. Ini dinyatakan secara jelas di dalam penyataan visi membentuk Khairah Ummah. 

Seterusnya, muktamar di akhiri dengan penguguman barisam kepimpinan tertinggi dan barisan exco-exco kanan SISWAZAH MUDA ABIM SABAH (SISMA) bagi sesi 2011/2012 kepada hadirin & hadirat seisi dewan serta ucapan penagguhan dan penggulungan muktamar bagi sesi ini oleh Tuan Pengerusi SISMA SABAH saudara Mohd Kamaluyasir bin Mansor serta pengerusi tetap muktamar pada kali ini merangkap TYDP ABIM SABAH saudara Mohd Zikri bin Zainuddin. Selamat menjalankan tugas & mengalas amanah buat kepimpinan baru SISWAZAH MUDA ABIM SABAH (SISMA) sesi 2011/2012.






Barisan kepimpinan SISMA SABAH sesi 2011/2012 bergambar kenangan



Wasalam...
Nukilan :
Petikan daripada Ucapan Dasar Tuan Pengerusi SISWAZAH MUDA ABIM SABAH (SISMA)
MOHD KAMALUYASIR BIN MANSOR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Light Green Pointer