Mengenai SISMA



Siswazah Muda ABIM Sabah (SISMA) Biro Siswazah Muda ABIM Sabah lebih dikenali sebagai SISMA. Biro ini ditubuh khas bagi mengumpulkan lapisan generasi muda ABIM yang terdiri daripada kalangan mahasiswa dan mahasiswi di IPT mahu pun yang masih menuntut dan yang telah tamat pengajian untuk berpartisipasi secara aktif dan serius dalam aktiviti-aktiviti belia. Ianya ditubuhkan khusus untuk melatih dan melahirkan siswazah muda Islam yang dinamik yang mampu menyumbangkan tenaga dalam usaha-usaha dakwah dan kebajikan dikalangan masyarakat khususnya dikalangan generasi muda di Sabah. SISMA juga berperanan melahirkan intelektual-intelektual muda yang dapat menyumbang kepada pembangunan ummah dan menyokong serta mendokong ABIM untuk membina Khayra Ummah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Light Green Pointer