Isnin, 13 Jun 2011

Pedoman Pendidikan Anak-anak Dalam Islam



Tarikh   : 12 Jun 2011
Tempat : Pejabat ABIM Sabah, Sembulan
Masa    : 10.00 pagi - 12.30 tengahari

Tajuk    : Pedoman Pendidikan Anak-anak Dalam Islam


Pendidikan negatif menular secara aktif di masa kini. Jika para pendidik (tidak semestinya guru kerana setiap orang juga bertanggungjawab mengamalkan amal ma'aruf, nahi mungkar) gagal mencegah penularan ini, nescaya akan lahir generasi yang bergelumang dosa.



Antara faktor lahirnya generasi ini adalah :

1.Kemiskinan keluarga. Anak-anak mungkin berasa serba kekurangan dan ingin mencari kepuasan dunia dan harta sehinggakan mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan hajat mereka tercapai.

2.Hubungan kekeluargaan yang rapuh akan memberi penekanan kepada anak-anak. Seperti contoh, pergaduhan antara ibu bapa. Anak-anak akan berasa bosan dan tertekan dan mendorong mereka untuk mencari hiburan luar dan berkawan secara bebas tanpa memilih kawan yang baik.

3. Masa lapang anak-anak yang tidak diisi dengan perkara-perkara berfaedah.Ibu bapa terlalu membebaskan anak-anak sehingga mereka tidak merasa akan keperluan menghargai masa.

4. Pergaulan dengan rakan sebaya @ masyarakat luar yang tidak terkawal.

5. Kekurangan dari segi fizikal dan kebolehan berfikir secara rasional juga mendorong anak-anak melakukan sesuatu di luar jangkaan.


Setiap masalah ada penyelesaian. Setiap isu telah diterangkan secara baik oleh Islam tentang bagaimana untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi. Islam itu indah dan sempurna. Kita hanya perlu berfikir tentang bagaimana untuk melaksanakannya. Lakukanlah sesuatu dengan berhikmah dan berserahlah secara mutlak kepada Allah S.W.T..Semoga kita diberkati dan dirahmati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Light Green Pointer