Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wth...
Biro SISWAZAH MUDA ABIM SABAH (SISMA) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) sesi 2010/2011 telah mengadakan Program IQRA di Kampung Pandiwan, Nabawan, Sabah pada 20-22 Januari 2012 yang lalu. Program ini diterajui oleh 10 orang sukarelawan dan sukarelawati yang terdiri daripada mahasiswa & mahasiswi Universiti Malaysia Sabah. Sukarelawan ini juga merupakan antara penggerak aktif yang bergiat dalam lapangan kerja-kerja dakwah dalam Siswazah Muda ABIM Sabah (SISMA) bagi sesi 2011/2012. Program ini diketuai oleh saudara Ahmad Ramzy bin Mohd Rathi selaku pengarah program serta saudari Farawahida binti Mohd Abdul Hakim selaku setiausaha program beserta 9 orang ahli jawatankuasa kecil. Selain itu turut dihadiri oleh Saudari Siti Nur Dalila binti Melatu Samsi selaku penolong setiausaha agung 2 Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) untuk turut sama dalam program IQRA buat julung-julang kalinya dilaksanakan.
Antara objektif program ini adalah untuk membantu saudara-saudara baru islam dalam memahami dan lebih mendalami tentang cara hidup islam dalam urusan seharian. Program ini berlangsung selama 3 hari 2 malam dengan penekanan dari aspek soal akidah, solat dan bersuci, selain itu terdapat penekanan dalam aspek teori dan praktikal tentang cara penyembelihan binatang menurut cara islam serta pengurusan jenazah turut diberikan.
Kampung Pandiwan, Nabawan, Sabah mempunyai 27 keluarga islam yang terdiri daripada 130 orang yang menganut islam dalam latar belakang pelbagai peringkat usia. Mereka sangat mendambakan pengisian keagamaan yang memerlukan pengisian dari segi pendidikan agama terutamanya dalam perihal ibadah. Sepanjang program berlangsung sebelum dan semasa program team kami dibantu sepenuhnya oleh ustaz hafiz dan cikgu Abi yang merupakan antara tenaga pengajar di Sekolah Kebangsaan Kampung Pandiwan & Sekolah Menengah Kebangsaan Pandiwan (2), Nabawan, Sabah. Mereka adalah antara insan yang berhati mulia yang sanggup membantu dari segi tenaga, masa serta wang ringgit untuk membantu saudara-saudara baru di kampung ini.
ALBUM KENANGAN IQRA KAMPUNG PANDIWAN
 |
pengisian rohani saudara Ahmad Ramzy bersama kaum bapa |
 |
pengisian rohani dalam kumpulan bersama remaja perempuan |
 |
gotong-royong mendirikan khemah dihadapan surau antara masyarakat kampung dan sukarelawan |
 |
Sesi taaruf peserta perempuan |
 |
Surau Kampung Pndiwan, Nabawan, Sabah..tempat berlangsung program IQRA ( Mari mengenal ISLAM ) |
 |
sesi riadah golongan kanak-kanak dan remaja |
 |
Praktikal solat berjemaah golongan remaja dan kanak-kanak |
 |
antara penduduk kampung yang terlibat |
 |
keadaan dapur sepanjang program IQRA berlangsung |
 |
para sukarelawan berbincang tentang aktiviti serta perancangan untuk keesokan harinya |
 |
praktikal sembelihan ayam kampung dengan penduduk kampung |
 |
gotong royong sukarelawan dan peserta mencabut bulu ayam setelah disembelih untuk dimasak |
 |
penduduk kampung yang bergotong-royong di dapur yang memasak makanan pada hari ahad dalam acara kenduri cara islam berlangsung |
 |
gotong-royong bersihkan ayam dan memotong ayam yang telah disembelih |
 |
tetamu yang hadir dalam majlis penutupan program dari kiri YDP ABIM Sabah Dr. Abdullah Bade, Pegawai Pelajaran Daerah Nabawan serta Pengerusi Surau Kampung Pandiwan, Nabawan, Sabah Cikgu Abi |
 |
majlis penutupan Program IQRA |
 |
penyerahan sumbangan berupa beras, gula, kopi dan garam kepada penduduk kampung oleh YDP ABIM Sabah Dr. Abdullah Bade |
 |
bergambar kenangan dengan penduduk kampung serta para sukarelawan. |
 |
para srikandi Siswazah Muda ABIM Sabah bergambar kenangan dengan peserta perempuan dan kanak-kanak |
 |
Panglima Siswazah Muda ABIM Sabah bergambar kenangan dengan peserta lelaki dan kanak-kanak |
Sepanjang tiga hari program ini berlangsung, penglibatan daripada masyarakat kampung disini sangat menggalakkan. Keperluan mereka bukan sekadar untuk mendapatkan tenaga guru agama untuk mengajar mereka perihal ibadah dan bacan Al-Quran tetapi juga terdapat beberapa keluarga yang sangat memerlukan bantuan material. Sumbangan seperti mukaqdam, iqra, al-quran, sejadah, kain telekung sangat diperlukan oleh penduduk kampung disini, Selain itu dana untuk membaik pulih surau di kampung ini diperlukan untuk menambah fasiliti seperti memperbesarkan surau supaya ada pembahagian antara ruang solat muslimin serta muslimat dan pembinaan ruang mengambil wudhu antara muslimin dan muslimat serta pembinaan tandas lelaki dan perempuan bagi keselesaan jemaah surau ketika ingin menunaikan solat di sini untuk bersolat berjemaah.
Sehubungan dengan itu, selaku penganjur program, kami juga ada menyediakan sedikit sumbangan yang tidak seberapa bagi mengembirakan keluaraga islam di kampung ini yang berupa beras,gula,garam dan kopi yang telah diserahkan sendiri oleh Dr. Abdullah Bade yang merupakan Yang DiPertua ABIM Sabah sewaktu majlis penutupan program Iqra’ ini.
 |
Sumbangan Kami kepada penduduk kampung |
Harapan besar seluruh penduduk Islam kampung Pandiwan, Nabawan, Sabah agar program sebegini dapat diteruskan dengan sekerap yang boleh...InsyaAllah...
Wasalam...
Penulis : Noor Amira Diana binti Jalani
Tiada ulasan:
Catat Ulasan