Isnin, 30 Mei 2011

AIR MATA TAUBAT

Assalammualaikum wth...

Pada 12 Mei 2011, iaitu pada hari khamis, sekali lagi usrah SISMA telah diadakan yang bertempat di SKTM, UMS. Usrah pada kali ini membincangkan tentang tafsir surah Al-Baqarah Ayat 37-39 yang mengupas tentang kisah taubat Nabi Adam a.s.

Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata pengakuan taubat yang diamalkannya), lalu Allah menerima taubatnya; sesungguhnya Allah, Dialah yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani.
(Al-Baqarah : 37)
Melalui ayat-ayat di atas jelas menunjukkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T itu Maha Penerima Taubat. Walaupun Nabi Adam a.s telah melakukan kesalahan kerana terpedaya dengan tipu helah iblis lalu melanggar larangan Allah S.W.T dengan memakan buah dari pohon larangan yang terdapat di syurga, namun Allah S.W.T akhirnya telah menerima taubat serta mengampunkan perbuatan Nabi Adam a.s dan Hawa.

Persoalan utama yang telah dibincangkan sepanjang sesi usrah ialah tetang kisah pohon larangan dan kepentingan taubat dalam kehidupan manusia.
Mengapa wujud pohon larangan di syurga ketika Nabi Adam a.s berada di syurga? Kepentingan taubat dalam kehidupan..


Kisah Nabi Adam a.s. dan Hawa serta pohon larangan telah memberikan satu pengajaran yang cukup berkesan sekali kepada umat manusia pada hari ini. Pohon larangan yang telah berjaya menyebabkan Nabi Adam a.s dan Hawa dikeluarkan dari syurga dan akhirnya diturunkan ke dunia merupakan simbolik bahawa setiap perbuatan pasti akan ada akibatnya.Pohon larangan tersebut telah menjadi satu simbol godaan yang sinonim dengan kehidupan manusia pada hari ini yang dipenuhi dengan pelbagai godaan duniawi. Justeru, hanya orang-orang yang bersungguh-sungguh berjihad di jalan Allah S.W.T akan bertahan dengan segala godaan-godaan ini.

Manusia tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan, dan sudah lumrah manusia akan sering terlalai dan terleka. Kehidupan di dunia adalah ujian dan ujian ini bukanlah mudah kerana ia adalah satu perjuangan iaitu perjuangan untuk terus mempertahankan kebenaran Islam yang sebenar.Namun, bukan semudah itu kerana sejak dari azali lagi, Iblis serta pengikut-pengikutnya telah mengisytiharkan perang dengan umat manusia dan akan berusaha dengan cara apa sekalipun untuk memperdaya manusia.Oleh kerana itu, Allah S.W.T telah memberikan akal dan pengetahuan kepada manusia agar mereka mampu berfikir bagaimana cara untuk memenangi pertempuran ini.

Kisah pohoh larangan juga memberi pengajaran kepada umat manusia bahawa manusia pasti akan membuat kesalahan, kemudian akan merasa menyesal dan seterusnya belajar untuk bertaubat. Ujian di dunia itu pasti ada, dan oleh kerana itu setiap manusia yang telah dipilih untuk menjadi khalifah di muka bumi ini harus mempersiapkan diri untuk menghadapi semua ujian-ujian itu. Selain itu, manusia juga diperintah untuk segera bertaubat setelah melakukan kesalahan sama ada kecil ataupun besar. Taubat adalah suatu syariat yang wajib dilaksanakan dengan segera tanpa berlengah-lengah. Taubat adalah jalan untuk menuju segala macam kebaikan sama ada kebaikan dunia ataupun kebaikan akhirat. Justeru itu, adalah penting bagi setiapa orang itu melaksanakan agenda taubat setiap hari tanpa tertangguh-tangguh.

Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: Maksudnya: Wahai sekalian manusia! Bertaubatlah kamu kepada Allah sebelum kamu mati. Bersegeralah berbuat amal salih sebelum masa kamu dipenuhi (sibuk) oleh urusan dan kerja. Hubungkanlah pertalian di antara kamu dengan Tuhan kamu dengan memperbanyak ingatan (berzikir) kepadaNya. (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Syarat-syarat sah taubat :

1.Meninggalkan dosa dan maksiat dengan segera.

2.Menyesali perbuatan itu.

3.Berazam tidak akan mengulanginya perbuatan itu lagi.

4.Meminta maaf jika melakukan kesalahan dengan orang lain.


Cara untuk menangkis pujukan syaitan :
  • Menjaga hati supaya tidak lalai dan hanyut oleh bisikan syaitan. Hati perlu sentiasa dipandu dengan mengingati Allah. 
  • Sentiasa memohon perlindungan kepada Allah S.W.T supaya dihindarkan daripada syaitan dan segala kejahatannya.

Penutup

Walau sesukar mana sekalipun kehidupan di dunia ini, dan walau sehebat mana godaan yang harus kita hadapi, kita tidak sewajarnya berputus asa dengan kehidupan ini.Sebaliknya, kita seharusnya bersyukur kerana sehingga ke hari ini kita masih diberi peluang oleh Allah S.W.T untuk terus menikmti kehidupan di dunia ini dan yang penting masih diberi waktu untuk terus bertaubat kepadaNya. Sesungguhnya Allah S.W.T itu Maha Pengampun. Justeru, adalah wajib bagi setiap orang melazimkan diri untuk bertaubat agar memperoleh kebahagiaan hidup di dunia serta akhirat.


Orang yang benar-benar ikhlas untuk menuju jalan kebaikan, kemudian memanjatkan doa kepada Allah S.W.T dengan rasa rendah diri dan takut sesungguhnya Allah akan membimbingnya ke jalan petunjuk dan memeliharanya daripada kejahatan nafsu dan syaitan.



Sabtu, 21 Mei 2011

HIJAB ITU INDAH



HIJAB ITU INDAH

PENGENALAN
Skop isu yang akan dibincangkan ialah berkaitan dengan isu hijab, kerana isu ini masih relevan untuk diperkatakan. Islam menjaga kehormatan wanita dengan mewujudkan satu sistem hijab yang merangkumi antara lain garis panduan pakaian menutup aurat dan menjaga pandangan dan batas-batas pergaulan untuk mengatur interaksi antara lelaki dan perempuan dalam masyarakat. Hijab dari segi bahasa ialah benda yang menutup sesuatu dengannya. Ia adalah kata terbitan daripada kata akar ''ha-ja-ba'' yang bermakna untuk tudung, untuk tutup, untuk tadbir dan untk melindungi. Hijab dari segi istilah @ syarak ialah seluruh pakaian sopan bagi wanita Islam, hijab juga boleh diertikan sebagai skarft kepala atau sejenis tutup kepala yang mana kain berbentuk segi empat segi dilipat menjadi tiga segi, kemudian diletakkan diatas kepala dan diketatkan di bawah dagu,ini adalah cara terkini yang paling biasa digunakan oleh wanita masa kini. Pepatah melayu ada menyebut ''wanita yabg berpakaian sopan umpama mutiara di dalam cengkerang''

Perihal kewajiban menutup aurat telah dijelaskan secara terperinci oleh Allah dalam surah An Nur ayat 31 bermaksud:

“ Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, supaya menyekat pandangan mereka ( daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka…..”


Dalam ayat yang terkandung dalam Surah An-Nur ini, diperintahkan kepada wanita Islam untuk menutup aurat. Di dalam ayat di atas juga terkandung tatasusila pemakaian hijab bagi muslimah iaitu hendaklah menutup kepala dengan tudung. Perintah hijab juga terkandung di dalam Surah al-Ahzab ayat 53. Berhijab merupakan tuntutan Islam yang wajib disempurnakan oleh setiap umat islam sebagai tanda kepatuhan kita kepada segala arahan Allah S.W.T. Selain ditakrifkan sebagai tudung, hijab ialah berpakaian menutup tubuh sepenuhnya kecuali muka dan tangan dengan pakaian yang longgar, tidak jarang atau nipis. Hijab juga merupakan peringatan terhadap perhambaan diri kepada Allah yang Maha Esa serta memakai pakaian secara sopan sebagai perisai bagi menjaga kehormatan diri.

PENINDASAN KEPADA WANITA BERHIJAB


Tahukah wanita Islam, bahawa di Barat, tudung atau hijab dianggap sebagai simbol penindasan dan merendahkan martabat wanita? Wanita Islam dilihat sebagai tertindas dan tidak bebas dengan mengenakan pakaian yang sopan dan menutup aurat. Tetapi, Barat tidak tahu bahawa Islam tidak pernah menindas mana-mana gender, baik lelaki mahupun wanita. Wanita Islam sebenarnya tidak ditindas oleh agama dan masyarakat Islam tetapi tertindas dan dipinggirkan oleh masyarakat Barat sendiri.


REALITI DI MALAYSIA


Negara Malaysia tidak terlepas daripada penindasan terhadap golongan wanita berhijab ini. Realiti yang berlaku ialah golongan ini didiskriminasikan di dalam sektor pekerjaan. Kita boleh lihat apabila wanita bertudung memohon kerja di bidang perhotelan, penyiaran dan di sektor-sektor swasta seringkali ditolak permohonannya dengan alasan mereka bertudung. Situasi ini berlaku apabila seorang guru di sebuah sekolah agama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teluk Sentang di Pahang yang telah menggunting tudung labuh pelajarnya seramai 65 orang kerana tidak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh mereka (Utusan Malaysia, 25 Februari 2006).

Begitu juga nasib seorang wanita, Habsah Jaafar yang telah dibuang kerja oleh majikannya, Hotel Renaissance. Alasannya kerana wanita itu tidak dibenarkan bertudung semasa bekerja (Utusan Malaysia 27 Februari 2006).


Kita boleh lihat dalam konteks Malaysia, sesetengah masyarakat kita lebih mementingkan wanita yang berpakaian seksi berbanding mereka yang menutup aurat seperti yang berlaku kepada pramugari dan lain-lain lagi. Namun yang musykilnya ialah mengapa mereka meletakkan kaum lelaki (pramugara) dengan pakaian menutup aurat. Mengapa tidak sahaja diwajibkan dengan memakai seluar pendek?! Jelaslah bahawa manusia sudah tidak tahu erti batasan aurat yang perlu diperjuangkan. Hal ini perlu dikaji dan diteliti, pihak-pihak bukan kerajaan pula perlu menggesa pihak berkuasa untuk merubah etika pemakaian di samping menghapuskan diskriminasi terhadap wanita di dalam sektor pekerjaan. Hal ini bertepatan dengan apa yang diperkatakan oleh Exco Peguam Syarie Malaysia, Nur Hidayah Muhd Hashim di dalam rencananya di Berita Harian bulan Februari 2008. Beliau menyatakan bahawa Malaysia berdepan dengan beberapa permasalahan membabitkan kod berpakaian tidak membenarkan wanita Islam memakai pakaian sopan menutup aurat seperti dilaksanakan beberapa syarikat besar di negara ini. Contohnya, syarikat penerbangan tambang murah yang terkenal mensyaratkan pakaian yang sopan untuk pekerja lelaki, tetapi sangat terdedah, sendat dengan skirt pendek yang tidak bersesuaian nilai ketimuran bagi pekerja wanitanya.


MASALAH DAN CABARAN TERHADAP WANITA BERHIJAB


Apabila melihat isu wanita berhijab ini, mereka seringkali dikaitkan dengan keganasan. Adakah perkara ini benar? Barat seringkali dengan sewenang-wenangnya melabelkan seseorang itu tanpa hujah dan hanya berlandaskan emosi dan hawa nafsu. Kita boleh lihat juga contoh yang lain di mana Barat menggelarkan Islam sebagai terroris sedangkan Islam menganjurkan umatnya keamanan dan kasih sayang. Bagaimanakah dengan berhijab boleh melakukan keganasan? Tudung bukan simbol penindasan kepada wanita. Walaupun dari segi rasionalnya, pemakaian tudung melambangkan nilai kemuliaan dan kehormatan, Islam memandang dan meletakkan nilai tudung lebih daripada yang disarankan oleh agama lain.


Ini kerana tudung dalam konteks Islam telah terkandung di dalam al-Quran dan pemakaiannya bukan sekadar sebagai hiasan kepala.Apa yang boleh kita perhatikan ialah mereka yang memakai hijab ini dikurniakan hidayah Allah dan bagaimana mungkin mereka boleh bertindak di luat batasan. Namun tidak dinafikan bahawa wanita berhijab ini juga seringkali memaparkan akhlak yang kurang menyenangkan. Ini adalah cabaran kepada mereka yang berhijab.

 SALAH FAHAM TENTANG HIJAB

Situasi di Malaysia pada zaman sekarang melibatkan kesalahfahaman yang terjadi akibat ceteknya ilmu pengetahuan dalam masalah hijab atau aurat wanita Islam. Mereka telah menyempitkan konsep hijab kepada sehelai kain semata-mata, sedangkan konsep hijab itu sangat luas merangkumi dalaman dan luaran. Mereka menyangka dengan berhijab mereka sudah menutup aurat sedangkan pakaian mereka masih ketat dan pendek, seluar singkat dan sebagainya. Mereka harus sedar akan konsep menutup aurat bukan sahaja terletak hanya menutup kepala sahaja malah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Kesedaran ini perlu diberikan kepada wanita – wanita Islam di luar sana supaya mereka jelas tentang konsep menutup aurat di dalam Islam. Seharusnya mereka tidak patut memalukan golongan yang bertudung dengan melakukan perkara sebegini! Bak kata pepatah kerana nila setitik rosak susu sebelanga. 

Jika kita mahu memperincikan salah faham tersebut, kita boleh bahagikan kepada 14jenis salah faham dan ia adalah pemandangan yang biasa kita lihat di tempat awam atau kenderaan awam :

1. Mengenakan tudung atau baju kebarung atau baju kebaya yang kainnya terbelah malah sendat.
2. Mengenakan tudung tetapi memakai baju t-shirt atau kemeja lengan pendek
3. Mengenakan tudung, memakai baju t-shirt atau kemeja lengan panjang tetapi lengan bajunya dilipat
4.Mengenakan tudung tetapi menddedahkan jambul atau hujung rambutnya
5. Mengenakan tudung tetapi hujung tudungnya dilempar atau dipinkan ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya daripada ditutup oleh tudung
6. Mengenakan tudung tetapi kain tudungnya singkat, atas paras dada menampakkan benjolan buah dada
7. Mengenakan tudung tetapi kain tudungnya amat nipis sehingga boleh dilihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya
8.Berseluar sama ada seluar slack atau jean tetapi seluarnya ketat dan menampakkan bentuk dan potongan kaki, terutamanya pinggang, pinggul dan peha
9. Berbaju kemeja, tetapi kemeja yang dipakai singkat dan ketat. Kain kemeja itu tidak menutup atau melabuhkan sehingga menutup bahagian kemaluan depan atau belakang
10. Berbaju t-shirt dan berlengan pendek serta menampakkan lengan dan siku
11.Memakai baju kurung yang sangat ketat, menampakkan bentuk badan, menampakkan pinggangnyang langsing, bahagian dada yang dipersempitkan dan warna warni yang cukup menarik perhatian
12. Memakai skirt singkat menampakkan betis dan sesetengahnya suka memakai skirt terbelah yang boleh kelihatan bahagian dalaman apabila duduk didalam bas @ komuter misalnya.
13.Menutup aurat dengan lengkapm tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.
14.Menutup aurat dengan lengkap tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasar raya dan tempat-tempat lain.

Pemandangan-pemandangan di atas menunjukkan pelakunya tidak memahami apa makna Islam yang di anuti. Apa makna suruhan menutup aurat tang merangkumi luaran dan dalaman. Kita mempunyai pengetahuan agama sahaja tetapi tidak faham berlandaskan tatatertib agama, tidak membawa apa-apa erti sebenarnya. Jika tidak, tidaklah berlaku dan didedahkan di mana-mana ada wanita bertudung litup tetapi mulutnya jahat dan hatinya juga jahat.
Syaitan yang nampak atau tidak nampak, dalam usaha menggoda manusia memiliki pelbagai cara dan strategi. Strategi yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan. Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita. Dia terus berusaha agr manusia keluar daripada landasan yang ditentukan oleh syarak, termasuk melepaskan hijab atau pakaian Muslimah

Masyarakat hari ini kebanyakkannya melihat wanita yang berhijab ini tidak mampu ke hadapan dan tidak boleh menempatkan diri di dalam perkara-perkara tertentu. Contohnya masyarakat memandang wanita berhijab tidak boleh aktif bersukan. Andaian ini adalah tidak benar sama sekali kerana wanita Islam mampu bersaing di persada antarabangsa. Ruqaya al-Ghasara, pemenang Pingat Emas 200m Sukan Asia Doha 2006 menyatakan bahawa memakai hijab tidak menghalang beliau di dalam bidang sukan malah ia telah menggalakkannya. Oleh itu, kita perlu mengubah persepsi masyarakat yang melihat bahawa wanita berhijab tidak mampu menceburi dan menguasai bidang sukan.


Penghayatan pemakaian tudung mengikut syarak oleh wanita Islam di Malaysia amat kurang. Sudah menjadi trend di Malaysia bahawa mereka melihat pemakaian hijab sebagai satu fesyen, bukan lagi satu tuntutan.Teliti dan hayati suruhan Allah dalam surah An-Nur, ayat 31:
“....dan hendaklah mereka (wanita beriman) menutup kain tudung mereka ke paras dada..”


KESIMPULAN


Umat Islam perlu mengubah mentalitinya yang memandang bahawa Islam tidak mampu mencapai kemajuan dengan berhijab. Menurut Khalif Muammar (2007) di dalam artikelnya “ Pembangunan Semula Tamadun Islam: Halangan dan Cabarannya Dalam Konteks Alam Melayu” menyatakan bahawa mentaliti hamba adalah halangan yang besar dalam usaha memajukan suatu bangsa. Adalah suatu yang lumrah suatu bangsa yang terjajah memiliki kepercayaan terhadap diri yang rendah.


Pembangunan semula tamadun Islam menuntut wanita Islam yang berhijab supaya merubah watak mereka, daripada watak yang pasrah, takut dan berjiwa hamba kepada watak yang kritis, bebas dan berani melakukan perubahan.


Kita perlu menghalang ilmuan diabolik ( perwatakan ala iblis/ jahat) ini daripada melakukan penindasan terhadap golongan wanita Islam. Cadangan Khalif Muammar (2007) agar projek pencerahan dan pemerkasaan minda dan jiwa umat Islam perlu dilakukan secara besar-besaran. Bermula dengan ilmu dan diiukuti dengan amal, semua pihak perlu sedar akan tanggungjawab masing-masing; tanggungjawab ilmuawan yang tercerahkan ( enlightened scholars ) untuk menyedarkan dan membimbing masyarakat ; tanggungjawab masyarakat untuk mengikuti dan mendukung; dan tanggungjawab pemerintah untuk pemerintah untuk mendengar dan melaksakan. Besarlah harapan semoga wanita Islam terus terbela daripada penindasan.


Justeru, usaha yang berterusan diperlukan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat Islam yang kurang pengetahuan tentang konsep hijab dan pemakaian menurut Islam. Dalam kes sebegini, kita mendesak pihak kerajaan dapat memberi teguran dan NGO yang mengetengahkan isu hak asasi manusia wajib berlaku adil dengan memberi bantuan serta sokongan kepada isu beramal dengan ajaran Islam termasuk memberi sokongan moral terhadap isu wanita mualaf, juga isu tudung di negara Turki.

Disediakan oleh : Noor Amira Diana Binti Jalani

Jumaat, 13 Mei 2011

SEINDAH PERJUANGAN

♥♫♥♫♥♫♥♥✿♫♥❤❤ SEINDAH PERJUANGAN ❤❤♥✿♫♥♥♫♥♫♥♫♥
Seandainya ada 1000 orang pejuang Islam, biarlah salah seorangnya KAMU.
Seandainya ada 100 orang pejuang Islam, jadikan diantaranya adalah KAMU.
Seandainya ada 10 orang pejuang Islam, jua jadikan ada KAMU.
Seandainya ada 1 orang pejuang Islam, pastikan itu KAMU.
♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♥✿♫♥♥♫♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥

Hari Belia Peringkat Negeri Sabah 2011


Majlis Pelancaran Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Sabah. 
Pada 15hb Mei ini bertempat di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu. Masa 7.00 pagi hingga 1 petang.Datanglah beramai-ramai untuk memeriahkanya dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah.Skuad Prihatin Abim Sabah akan mengadakan kempen belia Sihat Rohani sempena majlis itu.Kepada muslimin dan muslimat SISMA serta team-team Skuad Prihatin ABIM Sabah datanglah beramai-ramai untuk memeriahkan majlis sambil mengedarkan risalah. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan sekretariat ABIM Sabah di talian 088-212080.

Hapuskan Takutmu

Assalammualaikum wth....

Pada 12 Mei bersamaan dengan hari khamis, SISMA UMS telah mengadakan usrah yang bertempat di Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat (SKTM), UMS. Sekadar perkongsian kepada rakan-rakan sisma.Ini adalah antara topik yang dibincangkan pada usrah UMS (12 Mei).Sesuai dengan status kita sebagai seorang mahasiswa/i iaitu malu untuk menanyakan soalan atau menyuarakan pendapat mahupun menjawab pertanyaan kerana takut dan tidak punya keyakinan diri adalah fenomena biasa yang kita lihat di kelas atau pun di bilik-bilik kuliah terutamanya dalam kalangan pelajar tempatan.

Apa yang harus dilakukan?
Disini mungkin terdapat sedikit tips untuk dikongsi bersama

Manusia kebanyakan lahirnya sama, cuma cara didikannya lain.Cara didikan sewaktu kecil banyak mempengaruhi kehidupan waktu besar.Ada juga yang lahirnya dianugerahi oleh Allah pengetahuan dan sifat yang luar biasa iaitu didikan terus daripada Tuhan.Mutakhir ini, ramai orang yang sudah kehilangan keyakinan diri akibat tersalah cara didikan.Bukan setakat tiada keyakinan diri, malah tiada juga 'common sense'. Terlalu susah untuk hidup bermasyarakat.

Semasa Kecil
Didikan keyakinan diri semasa kecil sangat penting. Ibu bapa perlu sentiasa memberi peluang kepada anak-anak.Contohnya memberi peluang untuk anak memberi pandangan dan bercakap walaupun suatu perkara itu tidak bernas.Itu hanya pandangan dan idea.Ibu bapa juga jangan terlalu cepat melarang akan sesuatu perkara.Saya kemukan satu contoh kehidupan di sebuah negara di barat.Mereka melatih anak-anak mereka sentiasa berani mencuba.Suatu ketika di taman permainan, seorang anak lingkungan tiga tahun sedang cuba memanjat papan gelongsor sambil diperhatikan oleh kedua ibubapanya.Tindakan itu bagi anak yang berumur tiga tahun adalah bahaya.Ibubapa tersebut hanya memberitahu kepada anak tersebut bahawa perkara itu bahaya, tetapi tidak sekali-kali melarang.Budak itu terus mencuba memanjat sehingga berjaya ke atas.Sikap melatih anak berani mencuba sangat digalakkan. Ini satu sifat positif yang boleh kita ambil dari barat walaupun mereka banyak juga yang negatifnya.

Malu atau Takut? Kedua-duanya berkaitan keyakinan diri.
Lihat sahaja di IPT mana-mana pun, pelajar-pelajar takut sahaja untuk berjumpa atau menjawab soalan yang diberikan oleh pensyarah dalam kuliah, semua nya kerana takut salah! punca takut salah adalah kerana tiada keyakinan diri.Ia berlaku dimana-mana sahaja, bukan sahaja di IPT-IPT malah semua tempat. Puncanya semua sama. Tiada keyakinan diri.Terlalu merisaukan kata orang juga adalah faktor kehilangan keyakinan diri.
Contohnya anda terlalu risaukan kata kawan anda jika anda berpendapat seperti itu dan ini, maka akhirnya anda terus senyap, akhirnya kaku dan beku...

Kelebihan Manusia
Minda manusia boleh menentukan perilaku manusia melalui imaginasi sebelum berlaku perbuatan.Contohnya seorang pengerusi sebuah majlis yang di arahkan untuk menceriakan dewan, tentu sahaja dia berimaginasi terlebih dahulu keadaan-keadaan yang bakal berlaku dan bagaimana dia bakal menangkap suasana di dewan itu nanti.Perkara ini semua berkaitan dengan minda dan keyakinan diri, jika setiap hari minda dilatih dan dibasuh dengan perkataan 'TIDAK BOLEH' maka hasilnya tidak boleh juga.Demikian juga sebaliknya.

Lihat sahaja sejarah tentera islam yang diketuai oleh sultan Muhammad Al-Fateh yang menawan Constantinople (Istanbul).Beliau sudah pun terlalu lama berimaginasi untuk menawan kota tersebut, setiap hari dengan diiringi solat dan doa beliau menyusun strategi dan sentiasa berimaginasi tentang semua keadaaan yang bakal berlaku.Ini yang menjadikan beliau hebat.Begitu juga beberapa pemimpin yang lain.

Cuba Latih Minda Setiap Hari
Oleh itu, apa yang anda imaginasikan pastikan ia positif dan seterusnya anda melakukannya di alam nyata.Minda manusia sangat hebat. Ibarat seluruh cakerawala yang ada di dalam otak.Kepantasannya juga mengalahkan komputer yang canggih. Cuma untuk mencapai semua itu, ia memerlukan tuan minda yang sentiasa melatih minda supaya sentiasa positif.Kepada anda juga, jangan terus suka menghukum dan menyalahi orang yang sedang cuba membina keyakinan diri.Ia tidaklah dibina dalam tempoh yang singkat, malah ia panjang.Jadi dalam tempoh yang panjang itu mungkin sahaja berlaku pelbagai kesilapan.Biasalah, ia adalah proses! kalau terus berjaya bukan manusia namanya itu.Sentiasalah berlapang dada!Terus menerus melatih, cuba mencari peluang dimana-mana supaya keyakinan diri itu datang secara lansung semasa mencuba.Jangan takut salah! Orang yang takut salah adalah orang yang susah untuk berjaya.Maka berhati-hatilah kerana itu lebih baik.

HADIAH UKHUWWAH

 hadiah teristimewa untuk semua ...
nikmat ukhwah yang lazat berkrim(^_^)

saudaraku,ukhuwwah itu menjana bahagia...
biarpun dengan linangan airmata
kerana ukhuwwah itu dibina atas asas iman kepada Allah Yang Maha Esa
(Pencipta kita,sumber kebahagiaan kita, tempat pergantungan kita lebih daripada kita menyayangi diri sendiri)

Dengan ukhuwwah kita diikat erat dengan aqidah yang sama,
Disegarkan dengan kefahaman siapa hamba, siapa Pencipta
Disuburkan dengan perjuangan untuk hidup dan mati dengan penuh makna,

saudaraku,serendah-rendah ukhuwwah adalah berlapang dada
dan setinggi-tinggi ukhuwwah adalah ithar-mengutamakan orang lain dari diri sendiri

Justeru bukan semua kemesraan adalah ukhuwwah kerana bukan semua kemesraan dibina atas dasar iman
Hanya jiwa yang disegarkan dengan iman bisa membentuk manusia yang sanggup berlapang dada
dan mengutamakan orang lain
Bersyukurlah saudaraku dengan hadiah ukhuwwah ini (^_^)
sesungguhnya ia anugerah!

"'segala puji bagi Allah yang telah mempertautkan hati-hati kami,
maka dengan nikmatNya jadilah kami bersaudara" (^_^)

Semoga kita selalu mengigati hadith 13 :

''seseorang di antara kamu tidak dikatakan beriman sehingga dia mencintai
saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri"
(Bukhari & Muslim)
Bukankah nikmat yang paling kita harapkan untuk diri kita ialah redhaNya?
Maka itu jualah yang diharapkan untukmu saudaraku(^_^)
Saudaraku(^_^)

''Sesungguhnya seorang muslim itu, apabila berjalan di jalan dakwah ia tidak berjalan dengan hatinya sahaja, di bawa bersama hati saudaranya, justeru setiap pahala yang di dapat sepanjang perjalanannya pasti akan terbias untuk saudara seperjuangannya'

kerana nikmat yang paling kita harapkan untuk diri kita sendiri ialah nikmat hidup dan mati dalam iman kepadaNya 
Maka itu jualah yang kita harapkan untuk sahabat-sahabat kita (^_^)ana
Saudaraku, orang-orang yang hidup di bawah naungan cinta dan ukhwah kerana Allah...
akan merasakan kebahagiaan dan ketenangan yang tak pernah dirasai oleh orang-orang yang berkumpul kerana urusan duniawi...kerana asasnya indah, justeru hadiahnya juga indah!

Allah malah telah menjanjikan bahawa syurga dan naungannya untuk mereka yang bertemu dan berpisah keranaNya!!!
Ya...hanya kerananya
Justeru saudaraku,
Jika kita tidak bertemu lagi selepas ini,semoga Allah pertemukan kita lagi di syurga nanti(^_^)

Isnin, 9 Mei 2011

Sekitar Program Menara Gading 2011 Sabah

time riadah pagi

sesi taaruf kumpulan besar

ketika riadah-main juz tang

pengarah program PMG Sabah 2011

taaruf dalam kumpulan

taaruf lagi....

ketika riadah-game pintu doremon

tetamu jauh...from PKPIM..pengarah program & fasi

fasi-fasi dan tetamu kenamaan from PKPIM (kak Dyll & kak Tiqa)

ketika majlis penutupan PMG Sabah 2011

fasi-fasi dengan ahli panel forum

bersama VVIP, fasi dan peserta muslimah

pembentangan program dari peserta PMG11

pemberian sijil

para peserta PMG11

fasi-fasi dan peserta ketika majlis penutupan PMG Sabah 2011

pengarah program berbincang dengan pengerusi majlis

riadah petang


tetamu jemputan

sebahagian peserta

moderator dan ahli panel forum

kak Tiqa dari PKPIM

ketika kuliah subuh berjalan

taaruf ketua fasi dan fasi-fasi dengan peserta

time riadah-game harimau, pemburu dan hakim

sewaktu riadah di petang hari

peserta muslimah

LDK

antara fasi-fasi muslimah

salam jama'iy

majlis penutupan program

salam jama'iy peserta muslimat dgn fasi-fasi
semua peserta bersama fasi-fasi dan tetamu VVIP




Assalamualaikum wth...
Pada 8-10 April 2011 yang lepas telah berlangsung PROGRAM MENARA GADING  NEGERI SABAH 2011 (MENARA 11) anjuran bersama  BIRO SISWAZAH MUDA ABIM SABAH (SISMA) dan ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) NEGERI SABAH dengan kerjasama KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN SABAH serta JABATAN BELIA DAN SUKAN(PERSEKUTUAN) NEGERI SABAH dan PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) yang bertempat di Kompleks Sukan Likas,Sabah.

Kejayaan para pelajar mendapat keputusan cemerlang dalam SPM dan STPM telah menunjukkan peningkatan keupayaan belia untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Dengan membawa tema ''Terokai Peluang,Jejaki Impian" memberikan pendedahan kepada para remaja yang sedang mengambil SPM @ STPM serta lepasan SPM @ STPM untuk turut sama-sama menyertai program menara gading kerana program ini adalah berbentuk suatu kursus yang memberikan pendedahan kepada mereka tentang peluang-peluang pengajian serta gaya pembelajaran di peringkat institusi pengajian tinggi. Program menara gading 2011 berobjektif untuk membina jatidiri dan modal insan yang terbilang di kalangan generasi belia serta memantapkan budaya keilmuan dan menanam minat membaca di kalangan generasi pewaris bangsa. Selain itu,program ini berobjektif untuk mengetahui peluang-peluang pendidikan di peringkat pengajian tinggi dan memahami gaya dan kaedah pembelajaran di kampus.

Antara pengisian sepanjang program ini berlangsung adalah  :
forum menara 1 ''Melangkah ke alam IPT'' yang di panelkan oleh En Mudin Bin Beting, Penolong Pengarah, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah,

forum menara 2 ''Aku di Puncak Menara Gading'' oleh Dr. Abdullah Bade, Pensyarah Kanan, Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaysia Sabah,

forum menara 3 '' Peluang Pendidikan di IPT'' ahli panel daripada wakil Universiti Malaysia Sabah(UMS), wakil Universiti Teknologi Mara cawangan sabah (UITM) dan wakil daripada politeknik Kota Kinabalu,Sabah.

forum menara 4 '' Kehidupan di Kampus Menara Gading'' dipengerusikan oleh moderator cik Najwa Md Haris serta barisan  ahli panel yang terdiri cik Siti Nur Dalila Melatu Samsi, Penolong Setiausaha Agung 2 Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), cik Khairun Nisaa' Mohd Noor, Pengerusi Siswazah Muda Abim Sabah (SISMA) serta  En. Ramlee, YDP ABIM Daerah Putatan,Sabah

Selain pengisian berbentuk forum terdapat juga aktiviti-aktiviti lain seperti solat secara berjamaah, tazkirah selepas solat, beriadah, qiamullail serta latihan dalam kumpulan (LDK) bersama para fasilitator yang terdiri daripada ahli-ahli SISMA yang merupakan para siswazah sepenah masa di peringkat asasi,diploma,ijazah serta master di beberapa institusi pengajian tinggi di sekitar Kota Kinabalu,Sabah.

Kesimpulannya, diharapkan program seumpama ini dapat memberikan pengetahuan kepada para peserta tentang halatuju hidup mereka untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih jauh lagi dan dapat mencari peluang-peluang pengajian serta gaya pembelajaran di peringkat Institusi Pengajian Tinggi...wasalam

Nukilan : NOOR AMIRA DIANA BINTI JALANI

Selasa, 3 Mei 2011

Kami Sayang & Prihatin (KSP) 2011 Siri 1

makan berjemaah

kak Zima & adik-adiknya

abang Yasir & adik-adiknya

regangan badan

ketika riadah

khusyuk dengar cerita YDP

kakak-kakak & adik-adik yang ceria

kak myzra dengan adik-adinya semasa modul menulis

abang Yasir & adik-adiknya

ragam anak-anak RPH

ketika modul menulis sedang berjalan

praktikal solat

praktikal solat

time ditegur oleh YDP

praktikal ambil wuduk

time persembahan nasyid...lagu doa perpisahan

ragam anak-anak ketika majlis penutupan
Assalamualaikum wth....
         Pada 2-3 April 2011 yang lalu sekumpulan ahli-ahli Siswazah Muda Abim Sabah (SISMA) yang terdiri daripada pelbagai institusi pengajian tinggi di sekitar Kota Kinabalu telah mengadakan Program Kami Sayang dan Prihatin (KSP) yang bertempat di rumah anak-anak yatim Putera Harapan, Ranau. Bertemakan ''Membina Generasi Berilmu'' dan atas rasa tanggungjawab dan keprihatinan kami selaku ahli-ahli SISMA terhadap nasib anak-anak yatim membawa kami untuk turut sama-sama turun padang membuat khidmat masyarakat di rumah anak-anak yatim yang dikendalikan sepenuhnya oleh Wadah Negeri Sabah serta Abim Negeri Sabah bagi merealisasikan program Kami Sayang dan Prihatin dengan membawa mesej kepentingan terhadap penguasaan 3M (MENULIS,MEMBACA & MENGIRA) dalam kalangan anak-anak yatim Rumah Putera Harapan.

Selain itu kami laksanakan juga kelas fardu ain serta hafazan surah-surah lazim dalam al-Quran serta slot kepentingan penjagaan kebersihan diri..Moga program ini dapat diteruskan oleh ahli-ahli SISMA secara bergilir-gilir untuk sama-sama turun padang memantau tahap pelajaran anak-anak ini dari semasa ke semasa & insyaallah menjadi antara program wajib bulanan kami bergabung dengan beberapa institusi pengajian tinggi di sekitar Sabah pada masa akan datang...wasalam..

Nukilan : NOOR AMIRA DIANA BINTI JALANI (^_^)








Light Green Pointer