Sabtu, 30 April 2011

KEM KEPIMPINAN BELIA ISLAM SIRI 1

Assalamualaikum wth ....
jom-jom kita jenguk blog sisma sabah nie lagi...banyak betul sebenarnya program kami nie boleh dikatakan setiap hujung minggu ada sahaja aktiviti yang kami ikuti...selepas je penat berkarnival keluarga sakinah,kami sisma-sisma di tren menjadi pejuang islam yang sihat dari segi fizikal,spiritual,rohani dan sahsiah dalam kem kepimpinan belia islam siri 1 pada 4-6 mac 2011 yang lepas bertempat di KK Adventure Park,Kinarut..Papar

Seronok kawan-kawan time nie,kami di tren oleh ketua fasi yang cool sentiasa serta fasi-fasi yang baik-baik hati semuanya...tempat yang menarik sebab tepi laut...cantik sangat-sangat tempat tu bagi sesiapa yang jarang ke pantai sangat-sangat menghargai keindahan alam ciptaan Ilahi..Mendengar deruan ombak pantai, kicauan burung-burung yang terbang di langit, pohon-pohon hijau yang melambai-lambai di tiup angin yang sentiasa berzikir setiap saat cukup mendamaikan jiwa yang ingin mencari ketenangan..sesungguhnya lukisan alam ini tiada tandingannya...


Semasa kem ini berlangsung kami di ajar tentang tanggungjawab sebagai pemimpin generasi muda masa kini,kami di dedahkan dengan pelbagai sejarah-sejarah kepimpinan zaman rasullullah sehingga zaman kegemilangan islam...banyak input-input yang dapat diperolehi daripada kem kepimpinan ini..kem nie bukan sebarang kem seperti kem-kem lain yang lebih kepada aktiviti lasak sahaja tetapi kem nie kem yang melatih jiwa generasi muda tentang peranan kepimpinan islam untuk menegakkan kebenaran..dalam kem nie juga para peserta dikehendaki tidur dalam khemah umpama khemah-khemah ketika peperangan..hanya tidur berbantalkan lengan serta di sinari oleh cahaya sinaran bulan di malam hari..selain itu pengalaman yang cukup menarik adalah berzikir di tepi pantai dengan mata yang ditutup di keheningan pagi sedang rakan-rakan lain di luar sana yang masih tidur di ulit mimpi-mimpi indah di atas tilam yang empuk,kami peserta kem kepimpinan belai islam dengan kain hitam yang menutupi anak mata diberi arahan oleh fasi duduk menghadap pantai hanya mendengar deruan ombak pantai sahaja yang kedengaran,cukup-cukup mendamaikan ketika itu dan rasa keinsafan akan perbuatan-perbuatan yang pernah dilakukan dahulu satu persatu bermain di fikiran,ya Allah ya Tuhan kami engkau maha mendengar lagi maha mengetahui ampunkanlah dosa-dosa kami yang terdahulu,ampunkanlah dosa kedua ibu bapa kami,rakan-rakan kami,serta seluruh umat islam,hanya pada mu aku memohon ya Allah...amin..

satu pengalaman yang sangat jarang dapat di lalui oleh rakan-rakan yang seusia dengan kita...selain itu kami di ajar tentang cara-cara bersolat di tepi pantai,berqimulail di tengah hujan sangat-sangat menguji kekutan mental dan fizikal para peserta..kami juga di ajar makan secara berjamaah dengan menggunakan dulang makan secara beramai-ramai,jarangkan kita buat dekat rumah selalu makan dalam pinggan je...dekat sinilah nilai-nilai kepimpinan itu diterapkan dalam diri setiap peserta...nilai kekuatan fizikal & mental,kesabaran mengharungi ujian,kerjasama berpasukan, patuh dengan arahan pemimpin dan sebagainya..satu pengalaman yang menarik untuk di kongsi bersama rakan-rakan sekalian...sekadar itu sahaja perkongsian dari kami,ikuti aktiviti sisma di episod akan datang...sekian...wasalam..
















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Light Green Pointer