Selasa, 3 Mei 2011

Kursus Fasilitator (Ingat! Anda Orang Kepercayaan Allah Di Sini)

السلام علىكم
sahabat-sahabat yang dihormati sekalian....
Pada 13 Mac 2011 yang lalu, Siswazah Muda Abim Sabah (SISMA) telah mengadakan kursus fasilitator yang dikendalikan oleh pihak Abim Negeri Sabah. kursus ini telah dihadiri seramai 30 orang  anak muda yang merupakan sebahagian daripada ahli-ahli sisma daripada pelbagai institusi pengajian tinggi di sekitar Kota Kinabalu serta sekolah-sekolah yang berdekatan. kursus ini telah diadakan di pejabat abim negeri sabah di alamat Lot 30, Tingkat Bawah, Lorong Grace Square, Jalan Pantai Sembulan, 88100 Kota Kinabalu,Sabah.

Kursus ini terbahagi kepada 2 sesi yang bermula dari jam 9pagi sehingga jam 5petang...sesi pertama pada sebelah pagi dimulakan dengan sesi taaruf ringkas serta ice-breaking dalam kalangan peserta yang dikendalikan oleh En. Mohd Nur Hilmie Bin Milus (S/U Abim Negeri Sabah) . Dalam sesi taaruf,para peserta dikehendaki memperkenalkan diri masing-masing kepada peserta lain dan seterusnya melakukan ice-breaking dengan cara dengan mencari kesamaan bagi membentuk beberapa kumpulan kecil dengan persamaan yang wujud seperti bulan kelahiran, hobi, zodiak, kumpulan darah, saiz kasut dan sebagainya. Setelah kumpulan-kumpulan kecil dibentuk,para peserta ditugaskan dalam satu kumpulan dikehendaki untuk merancang satu program khidmat kemasyarakatan dan seterusnya membuat pembentangan daripada program yang telah direka dihadapan peserta yang lain.

Setelah selesai sesi taaruf dan ice-breaking sesi seterusnya adalah sesi pengenalan struktur serta gerak kerja Abim Negeri Sabah kepada para peserta yang telah disampaikan oleh penceramah yang tidak asing lagi dalam keluarga Abim Negeri Sabah iaitu En.Mohd Zikri Bin Zainuddin(TYDP Abim Negeri Sabah). Beliau telah menerangkan tentang Perancangan Strategik Abim (PRASTAS) 2010-2012 serta Key Performance Indeks (KPI) Abim Negeri Sabah kepada para peserta kursus Fasilitator. Beliau juga dalam pengakhiran ucapannya memberi peringatan kepada para peserta yang hadir pada masa itu INGAT! Anda Orang Kepercayaan Allah yang bertanggungjawab memegang amanah untuk memimpin belia islam pada masa hadapan dalam konteks belia serta menjadi agen perubah dalam kehidupan kampus pada hari ini.


Sesi kedua pula diteruskan oleh penceramah undangan khas daripada semenanjung yang berasal daripada Negeri Sembilan iaitu En. Jaafar Bin Muhammad atau nama penanya dikenali oleh Abu Faiz yang meneruskan sesi kursus Fasilitator dengan membawa tajuk INGAT! Anda Orang Kepercayaan Allah Di Sini. Beliau telah menceritakan tentang pengalaman beliau ketika menjalankan sesi kaunseling bersama-sama peserta yang lain sebelum ini di seluruh malaysia serta luar negara. Selain itu beliau juga ada memberi pendedahan tentang skill-skill menjadi seorang fasilitator yang baik.


Kursus ini diakhiri dengan majlis penutupan majlis yang dihadiri oleh YDP Abim Negeri Sabah (Dr. Abdullah Bin Bade), TYDP Abim Negeri Sabah  merangkap pengarah program (En. Mohd Zikri Bin Zainuddin) serta S/U Abim Negeri Sabah ( En. Mohd Nur Hilmie Bin Milus) dan para peserta Fasilitator...wasalam

Nukilan : NOOR AMIRA DIANA BINTI JALANI (^_^)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Light Green Pointer