Khamis, 23 Jun 2011
MUHASABAH DIRI
ramai yang mengajar tapi tidak pernah belajar,
ramai yang mengerti tapi tidak pernah memahami,
betapa ramai yg menasihati tapi diri sendiri leka dengan fantasi,
ramai berjiwa dai tapi suram dengan ilmu ilahi,
ramai yang menikmati tp syukur x pernah terperi,
ramai berbicara tentang cinta tp pada Allah tiada rasa,
ramai yang mengadu domba sedangkan mengaku hanya pada-Nya segala namimah,
ramai yang bercita-cita tapi tiada wijhah dan sibghah,
ramai yang mendaki di puncak tinggi selalu lupa sahabat di bawah kaki,
ramai mengaku syurga itu benar tp seperti angan dalam sedar,
ramai mengungkap dunia laksana fatamorgana tp berlumang didalamnya laksana hidup kekal abadi,
ramai berpuitis tp hati kosong dan sepi,
ramai berkata sabar tp realiti post di sana-sini,
ramai yang bersastra berpaksi pada ayat dan bahasa,
ramai yang x meresapi semua datang dari Mu ya Rabbi,
harus berapa ramai lagiii..
adakah saya satu dari yang ramai itu..
Nukilan
Saudara Basri Abbas
✿ SRIKANDI DAKWAH ✿
Untukmu Srikandi Dakwah ABIM.
Wahai Srikandi Dakwah,
Bangkitlah,
Serulah ke jalan tuhanmu,
Dengan hikmah dan Ketabahan,
Dengan kebijaksanaan dan keikhlasan,
Wahai Srikandi Dakwah,
Bangkitlah,
Lontarkan sejauhnya ketakutanmu,
Buangkan segala kebekuan dan kegusaranmu,
Buangkan segala kelalaian dan kealpaanmu
Wahai Srikandi Dakwah,
Bangkitlah,
Teguhkan iman dan ilmumu,
Abdikan dirimu setulusnya ke jalaNya
Abdikan dirimu seikhlasnya mentaatiNya
Wahai Srikandi Dakwah,
Bangkitlah,
Malumu adalah mahkota singahsana syurga
Perisai ulung tidak terkalah
Perisai ampuh sekeras waja
Wahai Srikandi Dakwah,
Bangkitlah,
Usaplah air matamu di malam syahdu
Merindui kehalusan cintaNya
Merindui kasih sayangNya
Wahai Srikandi Dakwah,
Bangkitlah,
Sedarkan rakan taulanmu
Bahwa hidup ini amanah
Bahwa hidup ini sementara
Wahai Srikandi Dakwah,
Bangkitlah,
Serulah ke jalan tuhanmu,
Cukuplah Dia sebagai pelindungmu
KepadaNya kau serahkan dirimu
Menanti mahligai syurga kekal abadi
Nukilanku
ABB
Wahai Srikandi Dakwah,
Bangkitlah,
Serulah ke jalan tuhanmu,
Dengan hikmah dan Ketabahan,
Dengan kebijaksanaan dan keikhlasan,
Wahai Srikandi Dakwah,
Bangkitlah,
Lontarkan sejauhnya ketakutanmu,
Buangkan segala kebekuan dan kegusaranmu,
Buangkan segala kelalaian dan kealpaanmu
Wahai Srikandi Dakwah,
Bangkitlah,
Teguhkan iman dan ilmumu,
Abdikan dirimu setulusnya ke jalaNya
Abdikan dirimu seikhlasnya mentaatiNya
Wahai Srikandi Dakwah,
Bangkitlah,
Malumu adalah mahkota singahsana syurga
Perisai ulung tidak terkalah
Perisai ampuh sekeras waja
Wahai Srikandi Dakwah,
Bangkitlah,
Usaplah air matamu di malam syahdu
Merindui kehalusan cintaNya
Merindui kasih sayangNya
Wahai Srikandi Dakwah,
Bangkitlah,
Sedarkan rakan taulanmu
Bahwa hidup ini amanah
Bahwa hidup ini sementara
Wahai Srikandi Dakwah,
Bangkitlah,
Serulah ke jalan tuhanmu,
Cukuplah Dia sebagai pelindungmu
KepadaNya kau serahkan dirimu
Menanti mahligai syurga kekal abadi
Nukilanku
ABB
(Hadiah daripada Yang Di-Pertua ABIM Sabah, Dr. Abdullah Bade)
Isnin, 13 Jun 2011
Pedoman Pendidikan Anak-anak Dalam Islam
Tarikh : 12 Jun 2011
Tempat : Pejabat ABIM Sabah, Sembulan
Masa : 10.00 pagi - 12.30 tengahari
Tajuk : Pedoman Pendidikan Anak-anak Dalam Islam
Pendidikan negatif menular secara aktif di masa kini. Jika para pendidik (tidak semestinya guru kerana setiap orang juga bertanggungjawab mengamalkan amal ma'aruf, nahi mungkar) gagal mencegah penularan ini, nescaya akan lahir generasi yang bergelumang dosa.
1.Kemiskinan keluarga. Anak-anak mungkin berasa serba kekurangan dan ingin mencari kepuasan dunia dan harta sehinggakan mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan hajat mereka tercapai.
2.Hubungan kekeluargaan yang rapuh akan memberi penekanan kepada anak-anak. Seperti contoh, pergaduhan antara ibu bapa. Anak-anak akan berasa bosan dan tertekan dan mendorong mereka untuk mencari hiburan luar dan berkawan secara bebas tanpa memilih kawan yang baik.
3. Masa lapang anak-anak yang tidak diisi dengan perkara-perkara berfaedah.Ibu bapa terlalu membebaskan anak-anak sehingga mereka tidak merasa akan keperluan menghargai masa.
4. Pergaulan dengan rakan sebaya @ masyarakat luar yang tidak terkawal.
5. Kekurangan dari segi fizikal dan kebolehan berfikir secara rasional juga mendorong anak-anak melakukan sesuatu di luar jangkaan.
Setiap masalah ada penyelesaian. Setiap isu telah diterangkan secara baik oleh Islam tentang bagaimana untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi. Islam itu indah dan sempurna. Kita hanya perlu berfikir tentang bagaimana untuk melaksanakannya. Lakukanlah sesuatu dengan berhikmah dan berserahlah secara mutlak kepada Allah S.W.T..Semoga kita diberkati dan dirahmati.
Iman Seorang Muslim
Tarikh : 12 Jun 2011
Tempat : Pejabat ABIM Sabah, Sembulan
Masa : 10.00 pagi - 12.30 tengahari
Tajuk : Iman seorang Muslim .
Dari Umar r.a juga dia berkata :
Ketika kami duduk-duduk disisi Rasulullah S.A.W suatu hari tiba-tiba datanglah seorang laki-laki yang mengenakan baju yang sangat putih dan berambut sangat hitam, tidak tampak padanya bekas-bekas perjalanan jauh dan tidak ada seorangpun diantara kami yang mengenalnya. Hingga kemudian dia duduk dihadapan Nabi lalu menempelkan kedua lututnya kepada kepada lututnya (Rasulullah S.A.W) seraya berkata: “ Ya Muhammad, beritahukan aku tentang Islam ?”, maka bersabdalah Rasulullah S.A.W: “ Islam adalah engkau bersaksi bahwa tidak ada Ilah (Tuhan yang disembah) selain Allah, dan bahwa Nabi Muhammad adalah utusan Allah, engkau mendirikan shalat, menunaikan zakat, puasa Ramadhan dan pergi haji jika mampu “, kemudian dia berkata: “ anda benar “. Kami semua heran, dia yang bertanya dia pula yang membenarkan. Kemudian dia bertanya lagi: “ Beritahukan aku tentang Iman “. Lalu beliau bersabda: “ Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan hari akhir dan engkau beriman kepada takdir yang baik maupun yang buruk “, kemudian dia berkata: “ anda benar“. Kemudian dia berkata lagi: “ Beritahukan aku tentang ihsan “. Lalu beliau bersabda: “ Ihsan adalah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatnya, jika engkau tidak melihatnya maka Dia melihat engkau” .
Kemudian dia berkata: “ Beritahukan aku tentang hari kiamat (kapan kejadiannya)”. Beliau bersabda: “ Yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya “. Dia berkata: “ Beritahukan aku tentang tanda-tandanya “, beliau bersabda: “ Jika seorang hamba melahirkan tuannya dan jika engkau melihat seorang bertelanjang kaki dan dada, miskin dan penggembala domba, (kemudian) berlomba-lomba meninggikan bangunannya “, kemudian orang itu berlalu dan aku berdiam sebentar. Kemudian beliau (Rasulullah) bertanya: “ Tahukah engkau siapa yang bertanya ?”. aku berkata: “ Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui “. Beliau bersabda: “ Dia adalah Jibril yang datang kepada kalian (bermaksud) mengajarkan agama kalian “.( Riwayat Muslim)
Hadis ini adalah hadis yang biasa digunakan jika melibatkan pengertian Islam, Iman dan Ihsan. Antara pengajaran yang terkandung di dalam hadis ini adalah:
1.Tidak ada cela bagi mereka yang berkata secara jujur "Saya tidak tahu," kerana sesungguhnya manusia ini sangatlah lemah dan serba kekurangan dan Allah jualah yang Maha Mengetahui.
2.Sungguhpun Rasulullah sudah maklum akan jawapan kepada pertanyaan-pertanyaan tersebut, namun mengapa Baginda ditanya lagi? Ini adalah kerana manusia sifatnya itu mudah lupa dan perlu sering kali diingatkan agar tidak lalai. Sedangkan Rasulullah juga diingatkan, apa lagi kita masyarakat zaman sekarang yang sedikit amalannya.
3.Hamba melahirkan tuannya bermaksud, anak-anak memperlakukan ibu bapa sebagaimana tuan memperlakukan hambanya. Ini adalah antara tanda-tanda Kiamat yang semakin berleluasa.Sama-samalah kita rungkaikan pengajaran-pengajaran daripada Hadis ini..
Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah dengan menegaskan): Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari apa yang mereka sifatkan. (Surah Al-Anbiya’ 21: Ayat 22)
Sesungguhnya Allah itu Esa.. "Aku bersaksi bahawa Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah". Untuk menjadi seorang muslim, perkara asas adalah mengucap dan meyakini kalimah ini dengan sebenar-benarnya.
Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan mereka beribadah kepadaKu. Aku tidak mengkehendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan Aku tidak mengkehendaki mereka memberi makan kepadaKu. Sungguh Allah, Dialah Pemberi Rezeki yang mempunyai kekuatan lagi kukuh" (Surah Az-Zariyat, 56-58)
Sesungguhnya Allah tidak rugi jika kita tidak menurut perintahnya, tidak berubah kedudukanNya sebagai khalik kerana perbuatan kita. Tetapi kitalah yang menguntungkan dan merugikan diri kita sendiri dengan amalan dan perbuatan kita. Allah bukan seperti bos sebuah syarikat, yang mana kedudukannya rapuh jika anak2 buahnya gagal melaksanakan kerja dengan baik dan semakin baik kedudukannya jika anak-anak buahnya menjalankan tugas dengan sempurna. Sesungguhnya Allah itu Maha Agung dan tidak bergantung ke atas sesuatu pun. Namun, manusia dan sekalian makhluk bergantung kepada Allah dalam setiap sesuatu. ALLAHUAKBAR!!
Sedikit tips, khususnya bagi pelajar.. Amalkan solat Dhuha setiap hari kerana ianya adalah salah satu ibadah yang insyaAllah akan dimurahkan rezeki kita dengan pengamalannya kerana Allah. Luangkan sedikit masa untuk menunaikan solat ini. Sesungguhnya masa juga adalah kurniaan Allah, mengapa tidak kita menginfakkan masa yang berharga itu di jalan Allah?? Semoga Allah merahmati dan memberkati kita semua. Semoga juga urusan dunia akhirat kita dipermudahkan.
Terdapat juga hadis yang menjelaskan bahawa, Allah mengharamkan Syurga kepada nabi dan umat terdahulu sebelum Nabi Muhammad S.A.W dan umat Baginda masuk ke Syurga. Sangat tinggi kedudukan yang diberikan kepada umat Nabi Muhammad. Tidakkah kita sebagai umatnya menghargai penghormatan ini?? Bukankah Syurga itu adalah target kita yang utama? Usah disia-siakan pengiktirafan sebegini. Amatlah merugikan orang-orang yang gagal menjalankan tangunggjawab sebagai hamba Allah yang abadi.
Bersama-samalah kita saling ingat mengingati akan tanggungjawab sebenar kita di bumi ini dan sentiasa berpesan-pesan dengan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Bersama-sama juga kita berusaha meningkatkan keimanan kita kepada agar kita menjadi orang-orang yang bertaqwa. Sesungguhnya tidak bergunalah amal kebaikan yang kita lakukan melainkan kita beriman sepenuhnya. Wallahu'alam..
Bersama-samalah kita saling ingat mengingati akan tanggungjawab sebenar kita di bumi ini dan sentiasa berpesan-pesan dengan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Bersama-sama juga kita berusaha meningkatkan keimanan kita kepada agar kita menjadi orang-orang yang bertaqwa. Sesungguhnya tidak bergunalah amal kebaikan yang kita lakukan melainkan kita beriman sepenuhnya. Wallahu'alam..
Langgan:
Catatan (Atom)