SISWAZAH MUDA ABIM SABAH (SISMA)

Sabtu, 3 Disember 2011

Muktamar Siswazah Muda ABIM Sabah (SISMA) sesi 2011/2012 (DA'IE MASSA-MEMENUHI CIRI GENERASI AL-FALAH)

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wth....



Pada 20 November 2011/ 24 Zulhijjah 1432 Hijrah yang lalu  selepas sahaja berakhirnya SEMINAR PEMERKASAAN MAHASISWA : MEMUGAR IDEALISME MAHASISWA DINAMIK pada sidang pagi,sebelah petangnya disusuli dengan kalimat suci Alhamdulillah dan rasa bersyukur yang paling tulus kami panjatkan serta dengan perkenan Yang Maha Esa dan Maha Kuasa mengizinkan kami seluruh keluarga SISMA SABAH untuk melangsungkan Muktamar Siswazah Muda ABIM Sabah (SISMA) yang julung kalinya dibuat sejak mula ditubuhkan. 

Muktamar SISMA SABAH kali pertama ini berlangsung di Dewan Resital, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kehadiran Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Pusat Tn. Hj Amidi Abdul Manan, Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Sabah Dr. Abdullah Bade, Timbalan Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Sabah saudara Mohd Zikri bin Zainuddin, Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) saudara Ahmad Fahmi bin Mohd Samsuddin, Timbalan Pengerusi 1 HEWI PKPIM saudari Hawa Mas Azmar binti Ahmad, Penolong Setiausaha Agung 2 saudari Siti Nur Dalila binti Melatu Samsi, exco-exco kanan ABIM Sabah dan ahli-ahli Siswazah Muda ABIM Sabah (SISMA) serta sidang hadirin  hadirat yang memenuhi seisi dewan.

Dengan bertemakan ucapan dasar oleh tuan pengerusi Siswazah Muda ABIM Sabah (SISMA) saudara Mohd Kamaluyasir bin Mansor iaitu DAIE MASSA-MEMENUHI CIRI GENERASI AL-FALAH menjadi pembuka gelanggang medan meneruskan perjuangan buat seluruh keluarga SISMA SABAH.


Ucapan Dasar daripada Tn.Pengerusi SISMA SABAH sesi 2011/2012 
(Saudara Mohd Kamaluyasir bin Mansor)
Pemilihan tema ''Dai'e Massa- Memenuhi Ciri Generasi Al-Falah'' bertujuan memberi penegasan terhadap keperluan roh perjuangan dai'e selaku juru bicara ummat untuk diketengahkan, disebar,dikongsi dan disuburkan bersama dengan angkatan muda dan masyaraakat luar amnya yang kini semakin halus dicincang ketajaman arus pembangunan dalam dunia material semata. Dai'e masa boleh dijelaskan sebagai persediaan (isti'dad) yang dinamik dan transformatif dalam diri mahasiswa yang amat penting untuk kita bersikap dan memposisikan diri dalam konteks yang sesuai dengan perkembangan semasa. Pada masa yang sama memperlengkap mahasiswa dengan ciri-ciri terbaik bagi memenuhi keperluan Generasi Al-Falah. Seharusnya kita sendiri menjadi media kepada massa dalam gerak kerja menyelamatkan akidah dam menyampaikan risalah ke segenap lapisan individu di samping menjadi jurubicara ummat.

Bagi seluruh keluarga SISMA perhimpunan seperti ini adalah antara medan forum terpenting untuk memberi ruang kesempatan kepada setiap perwakilan yang terdiri daripada barisan kepimpinan muda di peringkat sekolah menengah sehingga institusi pengajian tinggi awam dan swasta untuk bersuara menyentuh tentang perjalanan SISMA, membincangkan isu-isu, menyuarakan pandangan, menyarankan cadangan dam merumuskan kesepakatan, agar gagaan diimani masyarakat, agar gagasan rahmatan lil-alamin yang kita  dokongi mampu difahami diimani masyarakat, dalam usaha melangsungkan perjuangan warisan anbiya' ini. Dinamisme organisasi mampu dipertingkat, jika setiap perwakilan SISMA Sabah secara jujur, ikhlas, berani dan tegas, menyuarakan kebenaran. Pada masa yang sama, kepimpinan yang memandu organisasi akan menjadi bertambah berkesan, jika pemimpin pula bersedia, dengan berlapang dada dan berfikiran terbuka, menerima dan memberi perhatian kepada setiap teguran, pandangan, saranan dan cadangan yang disuarakan. Hakikatnya kita semua menggalas amanah yang sama dan akan dipertanggungjawabkan di hadapan rabbul-jalil kelak. 

Setiap gerakan memerlukan pendokong yang bertindak dalam linkungan mad'u. Begitu juga Siswazah Muda ABIM Sabah (SISMA) yang berperanan sebagai sayap utama Angakatan Belia Islam Malaysia (ABIM) di Sabah. SISMA yang dianggotai oleh para pelajar sekolah  dan para siswa/siswi yang sedang menuntut di sekolah-sekolah menengah atau di institusi-institusi pengajian tempatan dan juga graduan lepasan pengajian untuk berpartisipasi secara aktif dan serius dalam aktiviti-aktiviti belia. Ianya ditubuhkan khusus untuk melatih dam melahirkan para siswazah muda islam yang dinamik dan menguasai segala lingkup kemahiran yang mampu menyumbangkan tenaga dalam usaha-usaha dakwah dan kebajikan dalam kalangan masyarakat di Sabah. SISMA juga berperanan dalam melahirkan intelektual-intelektual muda yang dapat menyumbang kepada pembangunan ummah dan menyokong serta mendokong ABIM dalam misi memacu Khayra Ummah.

Kemana Arah SISMA?

Dari tahun ke tahun, budaya dan pembawakan sosial dalam kalangan mahasiswa semakin terbuka, seiring dengan pembawakan budaya hedonisme yang semakin menular dan telah melalui beberapa siri '' evolusi'' yang menjadikan permasalahan sosio-budaya IPT bertambah kompleks. Beberapa terbitan permasalahan lain yang wujud semestinya menuntut golongan mahasiswa yang membawa idealisme Islam menilai permasalahan ini secara bersama, menyeluruh dan mengenalpasti bentuk komitmen yang perlu bagi memperbaikinya. Tugas amar makruf nahi munkar ini adalah tugas kolektif yang wajar dikongsi setiap muslim yang sedar akan tanggungjawab. Oleh itu, pembawaan fikrah islamiyah dominan di kampus bukanlah sesuatu yang bersifat satu hala sahaja oleh segolongan tertentu yang dirasakan lebih uslubnya (pendekatan) dari lain yang lain. Ini perlu jelas.

Pembawaan fikrah islamiyah di kampus ini bertujuan untuk memastikan Islam menjadi teras kehidupan di kampus sehingga mahasiswa meletakkan ubudiyyah mutlaknya hanya kepada Allah SWT dan menginsafi perana sebagai 'abd dan khalifah di muka bumi. Untuk itu sebarang usaha dan pendekatan yang dilakukan harus berlaku di dalam framework (kerangka kerja) syara' bagi mengundang keberkatan dari Allah SWT. Beberapa pemalar dan pembolehubah harus diperhatikan dalam konteks sebuah institusi pengajian seperti Maqasid Syariah, Uruf (budaya), istihsan dan juga Sad Al-Zara'i (menutup jalan-jalan kerosakan)

Sebagai sebuah gerakan mahasiswa berorientasikan dakwah, SISMA akan terus kekal berusaha menjana dan menjayakan agenda penegakan syariat di Sabah. Ia dilaksanakan untuk menyempurnakan amanah daripada Allah SWT sebagai seorang abd' dan khalifah bagi mendapatkan redha-Nya, supaya Islam menjadi amalan hidup dalam diri, masyarakat dan negara. SISMA juga akan sentiasa bertindak secara objektif mengikut konteks keadaan semasa, sepertimana termaktub di dalam penyataan misi memimpin belia Islam. Jelas di sini bahawa arus perubahan membawa masyarakat Sabah untuk menghayati Islam sebagai sistem kehidupan harus bermula dari ''rebungnya''. Usaha dakwah dan tarbiyyah harus disemarakkan di menara gading. Pembinaan individu pemikir, pendokong dan pekerja dalam kalangan mahasiswa adalah satu tanggungjawab bersama yang cukup kritikal bagi memastikan kelangsungan usaha dakwah di kalangan generasi muda. Ini dinyatakan secara jelas di dalam penyataan visi membentuk Khairah Ummah. 

Seterusnya, muktamar di akhiri dengan penguguman barisam kepimpinan tertinggi dan barisan exco-exco kanan SISWAZAH MUDA ABIM SABAH (SISMA) bagi sesi 2011/2012 kepada hadirin & hadirat seisi dewan serta ucapan penagguhan dan penggulungan muktamar bagi sesi ini oleh Tuan Pengerusi SISMA SABAH saudara Mohd Kamaluyasir bin Mansor serta pengerusi tetap muktamar pada kali ini merangkap TYDP ABIM SABAH saudara Mohd Zikri bin Zainuddin. Selamat menjalankan tugas & mengalas amanah buat kepimpinan baru SISWAZAH MUDA ABIM SABAH (SISMA) sesi 2011/2012.






Barisan kepimpinan SISMA SABAH sesi 2011/2012 bergambar kenangan



Wasalam...
Nukilan :
Petikan daripada Ucapan Dasar Tuan Pengerusi SISWAZAH MUDA ABIM SABAH (SISMA)
MOHD KAMALUYASIR BIN MANSOR

Posted by SISMA_ABIM at 5:06 PG 0 comments
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Labels: Dari Meja SISMA

Jumaat, 2 Disember 2011

Seminar Pemerkasaan Mahasiswa (SPM)

SEMINAR PEMERKASAAN MAHASISWA : MEMUGAR IDEALISME MAHASISWA DINAMIK
(20 NOVEMBER 2011)
ANJURAN
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2010/2011
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)
ANJURAN BERSAMA
SISWAZAH MUDA ABIM SABAH (SISMA) SABAH
TEMPAT
DEWAN RESITAL, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)



Seminar Pemerkasaan Mahasiswa telah berjaya dilaksanakan pada 20 November 2011 (Ahad) . Program ini adalah anjuran Majlis Perwakilan Pelajar 2010/2011 di bawah Jabatan Pembangunan Insan bersama Siswazah Muda ABIM (SISMA) Sabah dengan kerjasama Majlis Belia Sabah. Seminar ini bertujuan untuk memberi dan mendedahkan cabaran dan hambatan semasa yang perlu dilalui oleh Mahasiswa. Seminar ini juga bermatlamat untuk memperkasa mahasiswa dengan idea-idea yang sewajarnya dalam menempuh arus kemajuan global.Selain itu, ianya bertujuan menggubal dan mencadangkan bentuk persediaan (isti’dad) yang dinamik dan transformatif kepada mahasiswa untuk mereka bersikap dan memposisikan diri dalam konteks yang sesuai dengan perkembangan semasa.

Pada pagi 20 November 2011, semua jawatankuasa pelaksana bersama peserta yang terdiri dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaysia Sabah dan pelajar dari IPTA dan IPTS sekitar Kota Kinabalu telah berada di Dewan Resital Universiti Malaysia Sabah. Seawal jam 7.30 pagi, Dewan Resital telah menerima kehadiran peserta dari luar. Seminar yang diadakan ini merupakan seminar pertama yang berkonsepkan keintelektualan dan kemahasasiswaan yang mana dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Sabah di bawah Jabatan Pembangunan Insan dan Siswazah Muda Abim (SISMA) Sabah dengan kerjasama Majlis Belia Sabah.

Alhamdulillah sesi pendaftaran berjalan dengan lancar hasil kerjasama yang baik dari jawatankuasa pelaksana.Pada masa yang sama, jawatankuasa teknikal membuat persiapan yang terakhir di dalam dewan. Manakala jawatankuasa protokol bersama penasihat dan pengarah program bersedia untuk menerima tetamu jemputan di hadapan Dewan Resital.Program bermula pada jam 8.30 dengan menerima kehadiran perasmi seminar iaitu Y. Bhg.ACP (K) Prof. Madya Datuk Dr. Hj. Kasim Hj. Md. Mansor selaku Timbalan Naib Canselor UMS mewakili Y. Bhg. Brig. Jen. Prof. Datuk Seri Panglima Dr. Kamaruzaman Hj. Ampon selaku Naib Canselor UMS bersama dengan penceramah dan ahli-ahli panel jemputan.

Sebelum meneruskan program ke agenda utama seminar, program didahului dengan ucapan pembukaan yang disampaikan oleh Fatin Nazurah Saman selaku Pengerusi Tetap Seminar Pemerkasaan Mahasiswa. Seterusnya, bagi memberkati seminar yang diadakan ini, bacaan doa diketuai oleh saudara Nur Hilmie bin Milus, pelajar UMSKAL . Selepas itu, nyanyian lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan lagu UMS, Bertekad Cemerlang dinyanyikan bersama-sama tetamu jemputan, jawatankuasa pelaksana dan peserta.

Sesi perasmian seminar dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh saudari Pengerusi Tetap kemudian menjemput saudara Abd.Wahid Abd Razak selaku Pengarah Program SEMINAR PEMERKASAAN MAHASISWA bagi menyampaikan sepatah dua kata. Selepas Ucapan Pengarah Program disusuli pula dengan ucapan perasmian yang disampaikan oleh Y. Bhg. ACP (K) Prof. Madya Datuk Dr. Hj. Kasim Hj. Md. Mansor selaku Timbalan Naib Canselor UMS mewakili Y. Bhg. Brig. Jen. Prof. Datuk Seri Panglima Dr. Kamaruzaman Hj. Ampon selaku Naib Canselor UMS. Dalam ucapannya, beliau ada menyebut tentang perlunya program-program keintelektualan seperti ini diadakan selalu bagi menjana minda mahasiswa/i UNIVERSITI MALAYSIA SABAH secara khususnya.

Bagi menghargai kesudian Timbalan Naib Canselor merasmikan seminar, Dr. Abdullah Bade selaku Penasihat Program, diiringi oleh saudara Abd.Wahid Abd Razak acara penyampaikan cenderahati kepada perasmi dilakukan.



Setelah Majlis Perasmian selesai, wacana yang pertama dimulakan. Moderator pertama bagi wacana pertama ialah saudara Abdul Ramlie Ibrahim, wakil dari Majlis Belia Sabah. Setelah majlis beralih tangan pada saudara Ramlie, moderator terlebih dahulu memperkenalkan penceramah wacana pertama kepada seisi dewan. Dengan tajuk Memugar Idealisme Dinamik : 1 Malaysia Ke Arah Melahirkan Mahasiswa Dinamik, moderator telah mempersilakan penceramah yang pertama, Y. Bhg. Dr Haji Hanafi bin Hj Harun selaku Timbalan Ketua Pengarah Biro Tatanegara untuk memulakan wacana beliau.

Dr. Hanafi menekankan nilai-nilai murni iaitu kesederhanaan, rendah hati (tawadhu’), berbudi bahasa dan hormat menghormati dalam ceramah beliau. Selain itu, beliau juga ada menyebut, perlunya penerapan 8 nilai aspirasi dalam diri seorang mahasiswa dalam usaha melahirkan mahasiswa yang dinamik. 8 nilai yang dimaksudkan ialah budaya berprestasi tinggi, budaya ketepatan, budaya ilmu, integriti, ketabahan, kesetian, kebijaksanaan dan budaya motivasi.




Dalam wacana yang pertama ini, Dr. Hanafi menggunakan pendekatan yang berinteraksi dengan peserta secara dekat dan terus dengan tidak menggunakan rostrum. Tapi beliau lebih selesa untuk tidak berada di pentas dan memilih berada di bawah bersama para peserta. Setelah diberikan masa selama 30 minit untuk berehat, Pengerusi Tetap memulakan sesi seterusnya dengan memanggil semula para peserta untuk masuk ke dalam Dewan Resital.

Pada sesi wacana yang pertama ini, tidak diadakan sesi soal jawab bagi menyantuni ketetapan masa yang telah ditentukan. Selesai sahaja wacana pertama, moderator menyerahkan semula majlis kepada Pengerusi Tetap. Seterusnya, Pengerusi Tetap menjemput sekali lagi Dr. Abdullah Bade, diiringi Abd. Wahid Abd Razak bagi menyampaikan cenderahati kepada Y. Bhg. Dr Haji Hanafi bin Hj Harun dan saudara Abdul Ramlie Ibrahim. Pada jam 10.30 , seminar berhenti untuk berehat seketika. Para peserta dan penceramah jemputan dijemput untuk minum pagi seusai slot wacana yang pertama. Apa yang dapat dilihat dalam seminar ini, kesemua peserta dapat berinteraksi secara berkesan dengan penceramah.


Wacana kedua diteruskan dengan oleh moderator undangan yang bertanggungjawab bagi wacana yang kedua ini iaitu saudara Mohd Nur Hilmie bin Milus. Dua orang ahli panel yang diundang cukup berpengalaman umtuk mengupas tajuk Memugar Idealisme Dinamik : Solidariti dan Dinamika Mahasiswa ialah Haji Amidi Abdul Manan, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia dan Dr. Abdullah Bade, Pensyarah Kanan Sekolah Sains dan Teknologi.

Dalam pembentangan yang disampaikan oleh Haji Amidi Abdul Manan, beliau mendefinisikan maksud soladiriti dan dinamika untuk memberikan gambaran tentang apa yang akan beliau bentangkan. Di akhir pembentangan, beliau mengajak mahasiswa/i berfikir dengan menunjukkan sebuah gambar yang mempunyai rupa yang berlainan dari sudut pandangan yang berbeza. Beliau menekankan perlunya mahasiswa berfikir dan memahami objektif utama seorang mahasiswa. Manakala Dr. Abdullah Bade pula menekankan misi pencerahan mahasiswa dalam usaha untuk melahirkan mahasiswa dinamik. Tamat wacana yang kedua, Abd.Wahid Abd. Razak menyampaikan cenderahati kepada ahli-ahli panel dan moderator selepas sesi soal jawab bersama peserta.


Sebelum mengakhiri seminar ini, satu resolusi program telah dibacakan oleh Abd.Wahid Abd. Razak selaku pengarah program.

Berikut,merupakan resolusi yang dicapai melalui Seminar Pemerkasaan Mahasiswa :-

1. Menyarankan agar seluruh institusi IPTA/IPTS seluruh negeri Sabah terutamanya Universiti Malaysia Sabah (UMS) memperbanyakkan seminar berbentuk keintelektualan agar mahasiswa dan mahasiswi dapat berfikiran secara kritis dan beridealisme.

2. Mencadangkan agar setiap IPTA/IPTS di seluruh negeri Sabah dapat memperbanyakkan dialog-dialog antara mahasiswa dan mahasiswi agar dapat melahirkan pakar intelektualan yang seimbang dari segi akademik dan pencetusan keberanian untuk berdiri dihadapan khalayak ramai bersuara menyatakan pandangan mereka tentang isu-isu semasa yang berlaku di sekeliling.

3. Menyeru agar setiap individu mahasiswa dan mahasiswi di seluruh IPTA / IPTS di seluruh Sabah dapat menanamkan semangat kesukarelaan untuk turut sama-sama turun ke masyarakat.

4. Mengesa agar setiap mahasiswa dan mahasiswi dapat membina pemikiran kritis dalan segenap aspek kerana penilaian pemikiran kritis dapat menjurus ke arah pembinaan sahsiah yang unggul.

5. Mencadangkan seluruh mahasiswa & mahasiswi IPTA & IPTS seluruh sabah untuk menjadi mahasiswa yang dinamik dari segi fizikal dan mental di alam universiti

6. Mengesa setiap individu mahasiswa perlu aktif melibatkan diri dalam aktiviti berpersatuan bagi menimba pengalaman sewaktu di alam pendidikan.

7. Mengesa mahasiswa untuk memerdekakan diri daripada perhambaan yang melampau terhadap

kemajuan teknologi dan hegemoni hiburan yang menjadikan mahasiswa itu seorang individu yang materialistik dan Individualistik.

8. Mencadangkan agar setiap individu mahasiswa harus mempersiapkan diri menghadapi cabaran masa depan.

9. Menyeru agar mahasiswa memperkasakan budaya berfikir, berbincang, menyelidik dan menganalisis semasa bergelar pelajar seterusnya di alam pekerjaan.


Nukilan : 
Nurazimah binti Bongoh
Setiausaha
Siswazah Muda ABIM (SISMA) Sabah sesi 2011/2012



Posted by SISMA_ABIM at 2:56 PG 0 comments
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Labels: Aktiviti

Sabtu, 12 November 2011

Program Ihya' Ramadhan: Membina Insan Bertakwa


Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) bersama Biro Siswazah Muda Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM) Sabah (SISMA) telah mengadakan Program Kami Prihatin pada 12-14 Ogos 2011 di Rumah Putera Harapan, Ranau. Pada masa yang sama, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Sabah juga mengadakan Program Ihya Ramadhan : Membina Insan Bertaqwa pada 13-14 Ogos 2011 di Kampung Tinutuan dan Kampung Timbua Ranau.

Biro SISMA pada mulanya bertanggungjawab mengendalikan program Kami Prihatin, namun 3 orang dari muslimah SISMA terpaksa diserap untuk mengikuti program Ihya Ramadhan untuk turut serta memberi sedikit pengisian kepada penduduk kampung.Kami memulakan program pada hari pertama di kampung Tinutuan. Perjalanan untuk ke sana dari Pekan Ranau mengambil masa lebih kurang sejam walaupun jaraknya tidaklah sejauh mana. Namun, keadaan jalan yang tidak berturap menyukarkan lagi perjalanan. 

Sampai sahaja di Tinutuan, kami disambut meriah oleh penduduk kampung yang beragama Islam yang majoritinya adalah mualaf. Saya boleh tafsirkan raut wajah mereka seolah-olah mengharapkan suatu pengisian yang mampu meningkatkan lagi kefahaman mereka terhadap agama syumul yakni Islam.Program dimulakan dengan ucapan daripada Yang DiPertua ABIM Sabah, seterusnya ucapan ringkas daripada imam kampung Tinutuan. Program kemudiannya diteruskan dengan pembahagian kumpulan iaitu kumpulan kanak-kanak, belia muslimin dan muslimah serta warga senior muslimin dan muslimah. Mereka diterangkan mengenai asas-asas fardhu ain seperti bacan dalam solat, konsep thaharah, akidah dan lain-lain lagi.


Selesai solat Zohor, program diteruskan dengan praktikal Solat, Tayamum, Istinjak dan cara menyucikan najis. Sementara menunggu waktu Asar, masa yang terluang diisi dengan sesi soal jawab mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan agama. Majlis penyerahan sumbangan kepada keluarga miskin pula dilaksanakan selepas solat Asar. Pada waktu Maghrib pula diadakan majlis berbuka puasa bersama penduduk kampung, disusuli dengan solat Maghrib berjemaah, kuliah Maghrib, Solat Isyak dan Solat Terawih. Kemudian kami berangkat pulang ke Rumah Putera Harapan. Sesungguhnya pengalaman bersama para mualaf di pedalaman ini cukup memberi kesedaran bahawa pentingnya penghayatan ilmu agama secara istiqomah agar akidah tetap terpelihara.








Perjalanan diteruskan lagi ke kampung Timbua pada keesokan harinya yang mengambil masa lebih kurang setengah jam dari kampung Tinutuan. Aktiviti yang dilaksanakan adalah lebih kurang sama dengan aktiviti di kampung Tinutuan. Cuma keadaannya nampak lebih baik sedikit kerana kawasannya yang agak luas dan kemudahan seperti surau, bilik air dan tempat wudhu lebih selesa.






Program selama dua hari ini amat mencabar ketahanan fizikal dan mental, namun tidak ada jalan mudah untuk menyebarkan dakwah. Program tahunan ini diharap dapat dijalankan dengan lebih kerap lagi untuk memantau perkembangan saudara-saudara yang jauh di pedalaman. Sumbangan seperti beras, minyak dan gula juga turut diedarkan sebagai tanda keprihatinan masyarakat terhadap mereka yang kurang bernasib baik.

Disediakan oleh : Nurhamiezrah Midin, Ahli Biro Siswazah Muda ABIM (SISMA) Sabah.



Posted by SISMA_ABIM at 8:01 PTG 0 comments
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Labels: Aktiviti

PROGRAM KAMI PRIHATIN


Alhamdulillah, Program Kami Prihatin yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Sabah di bawah Exco Jabatan Pembangunan Insan dengan kerjasama Siswazah Muda Abim Sabah (SISMA) telah berjaya dijalankan dengan jayanya bertempat di Rumah Putera Harapan,Ranau,Sabah pada 12-14 Ogos 2011 yang lalu.

Menariknya,program kali ini bukan sahaja melibatkan para mahasiswa dan mahasiswi  tetapi juga para pelajar sekolah menengah. Program ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan yang lebih erat antara pihak sekolah khususnya pelajar dengan mahasiswa/i. Pada masa yang sama juga dapat memberikan sedikit galakan dan didikan sebelum memasuki alam universiti  serta merintis kearah melahirkan para pelajar yang aktif terhadap aktiviti kemasyarakatan. Bukan itu sahaja,Program Kami Prihatin ini juga bertujuan untuk memberikan peluang kepada para belia untuk merasai pengalaman berpuasa bersama dengan anak yatim dan anak-anak yang kurang berkemampuan. Selain itu, aktiviti-aktiviti yang telah diatur dalam program ini bermatlamat untuk mendidik  para penghuni  dari segi akademik,sahsiah dan ibadah.

12 Ogos 2011
Selepas menunaikan solat Jumaat,para fasilitator berkumpul di Anjung Siswa UMS. Sekitar jam 2.30,kami bergerak ke Ranau menggunakan bas UMS. Setibanya kami di Rumah Putera Harapan,kami disambut oleh En. Sabri selaku pengurus dan warden Rumah Putera Harapan dengan keriuhan penghuni-penghuni Rumah Putera Harapan. Sementara menunggu waktu berbuka puasa,para fasilitator menunaikan solat Asar terlebih dahulu kemudian fasilitator muslimah membantu penyedian makanan berbuka,manakala fasilitator muslimin bersuai mesra dengan para penghuni Rumah Putera Harapan. Sebagai makluman,sewaktu kami menjalankan program ini,terdapat 22 orang kanak-kanak yang berusia dari 6 tahun hingga 13 tahun. Kesemua penghuni di rumah ini adalah kanak-kanak lelaki. 

Petang itu,kami berbuka puasa bersama-sama dengan penghuni-penghuni RPH. Sebagaimana rutin yang dilakukan oleh mereka,selepas berbuka puasa,kami solat magrib berjemaah di Masjid Ranau,Solat Isyak dan kemudiannya Solat Terawih bersama. Pada malamnya pula,kami lakukan sesi taaruf ringkas bersama penghuni-penghuni RPH bermula dengan sesi memperkenalkan fasi-fasi. Kemudian kami menguji sejauh mana ingatan dan perhatian anak-anak itu sewaktu fasi memperkenalkan diri dengan menyuruh mereka meneka suara fasi dan menjawab soalan-solan mengenai fasi yang sedang bercakap. Pada masa yang sama,mata anak-anak itu ditutup. Selepas itu,kami membahagikan mereka kepada 4 kumpulan iaitu kumpulan Tahmid,Takbir,Tahlil dan Tasbih. Seterusnya sesi taaruf dalam kumpulan kecil bersama fasi-fasi dijalankan.Sebelum melelapkan mata pada malam pertama kami berprogram di sana,kami menyuruh para penghuni RPH mengambil wudhu lalu membaca doa tidur bersama-sama.

13 Ogos 2011
Hari kedua bermusafir di daerah Ranau,kami mulakan dengan qiamulail dalam kalangan fasi. Sewaktu penghuni-penghuni RPH masih lena,muslimah membuat persiapan untuk juadah bersahur. Satu pengalaman yang jarang di alami saat membangunkan anak-anak itu dari tidur untuk bersahur. Melihat akan wajah anak-anak yang mengantuk dan lemah.

Seperti kelazimannya, kami solat subuh selepas bersahur. Tazkirah Subuh disampaikan oleh pelajar SMK Tansau. Modul pertama kami bermula selepas anak-anak RPH melakukan kendiri.  Objektif bagi modul pertama ini ialah untuk mengajar dan mendidik penghuni-penghuni RPH agar sentiasa beradab dan berakhlak baik dalam kehidupan seharian. Teori bagi modul ini disampaikan melalui tayangan video dan penerangan dari PIC (person in charge). Kemudian, ia dipraktikkan melalui lakonan menggunakan situasi-situasi yang diberi oleh fasi. Aktiviti ini dilakukan dalam kumpulan.Mengikut tentatif asal, aktiviti seterusnya ialah ceramah. Walaubagaimanapun,ceramah tidak dapat dilaksanakan kerana RPH menerima kehadiran pelawat daripada pihak Petronas yang datang untuk memberikan sumbangan kepada penghuni-penghuni RPH.

Sementara menunggu azan Zohor berkumandang,kami  mengajak penghuni-penghuni RPH menonton movie kanak-kanak. Pada masa yang sama setiap fasi membawa seorang penghuni(6 orang pada satu-satu masa) keluar dari kumpulan rakan-rakannya yang lain untuk diajak berbual bagi menyelami keadaan kehidupan dan perasaaan mereka juga untuk memberi mereka motivasi.Tengah hari itu,para fasi dan penghuni-penghuni RPH menunaikan solat Zohor berjemaah di masjid Ranau. Kemudian,dengan bantuan para fasi,anak-anak ini dibimbing bacaan Al-Qurannya. Manakala bagi penghuni-penghuni  yang masih agak kecil,mereka dibimbing membaca Iqra.’

Selepas pengisian rohani,kami mengisi  minda penghuni-penghuni RPH dengan idea-idea melalui modul yang kedua.  Dalam modul kedua ini fasilitator “membawa” penghuni-penghuni RPH ke alam “perang dunia ketiga” iaitu alam peperangan. Pada situasi tersebut, bumi diserang, bahkan pada bila-bila masa sahaja bumi  akan meletup. Fasilitator  menerangkan bahawa ada sebuah pesawat pejuang yang terakhir akan berlepas. Fasilitator juga  menerangkan bahawa pada saat itu terdapat 6 orang yang perlu diselamatkan daripada 10 orang. Di sini la kita dapat melihat sejauh mana pemikiran dan kekretifan penghuni RPH dalam menyelesaikan masalah melalui hujah dan sebab yang diutarakan.

Kemudian, dalam aktiviti kedua dalam modul 2 ini,kami menguji sejauh mana tahap ingatan dan perhatian penghuni-penghuni RPH. Dalam  1 barisan lurus, para penghuni RPH perlu menyampaikan 1 petikan yang diberikan oleh fasi daripada seorang rakan kepada rakan yang lain bermula dari orang pertama hingga orang terakhir dengan hanya berbisik . Orang yang terakhir perlu menulis petikan yang didengarinya.

Pada rancangan asal, aktiviti pada petang Sabtu adalah membawa penghuni-penghuni RPH ke bazaar Ramadhan. Walau bagaimanapun,keadaan cuaca tidak mengizinkan kami  membawa anak-anak tersebut ke luar. Oleh yang demikian, hanya beberapa orang sahaja yang di bawa ke bazaar. Manakala,penghuni-penghuni RPH yang lain menonton cerita kanak-kanak.Sebagaimana yang kami lakukan pada hari sebelumnya, kami berbuka puasa bersama-sama dengan penghuni-penghuni RPH selepas mereka membersihkan diri. Kemudian,para fasi dan penghuni-penghuni RPH mendirikan solat Maghrib secara berjemaah di Masjid Ranau. Bagi mendidik dan memberi tunjuk ajar tentang solat yang betul kepada anak-anak RPH, kami melakukan solat Isyak dan Terawih di RPH sahaja.

Selepas mengajar mereka tentang fardhu ain,kami teruskan modul yang ke 3 pada malam kedua kami berada di RPH. Modul ke 3 ini lebih menekankan tentang amalan berpuasa dengan mengajar penghuni-penghuni RPH mengenai niat puasa,erti puasa , syarat sah dan wajib berpuasa juga tentang perkara-perkara sunat dan makhruh dalam berpuasa serta hal-hal yang berkaitan.Kami akhiri aktiviti-aktiviti pada hari Sabtu dengan menyuruh penghuni-penghuni RPH mengambil wudhu dan membaca doa tidur bersama-sama.

14 Ogos 2011
Dimulai dengan qiamulail,kami memulakan hari terakhir Program Kami Prihatin. Selepas bersahur bersama,kami menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjid Ranau. Kemudian,kami kembali semula ke RPH untuk mendengar tazkirah subuh. Tazkirah kali ini disampaikan oleh adik Rahimi dari SMK Tansau dengan membawa kisah-kisah teladan pada zaman para sahabat.


Setelah selesai memberikan pengisian rohani, penghuni-penghuni RPH melakukan kendiri. Selepas itu,kami memulakan modul yang ke 4. Melalui modul ini,kita dapat mencungkil bakat, minat dan keyakinan diri para penghuni melalui pertandingan. Selain itu,kemahiran 3M turut diuji dalam modul ini. Antara pertandingan yang diadakan, ialah pertandingan azan dan pertandingan bercerita. Bagi aktiviti 3M pula,para penghuni dikehendaki membina perkataan sebanyak yang mungkin melalui perkataan ‘Puasa Ramadhan’. Turut diadakan,aktiviti yang menguji kepantasan anak-anak ini mengira.

Selesai melakukan modul yang terakhir, kami membuat satu majlis penutupan ringkas bagi memberi penghargaan kepada kepada pihak RPH. Majlis ringkas itu turut dihadiri oleh pengurus RPH. Setelah tamat, kami bergotong royong membersihkan kawasan RPH  kemudian solat zohor berjemaah. Sekitar jam 1 petang,kami bergerak meninggalkan RPH selepas bersalam-salaman bersama penghuni-penghuni RPH.



Sesi suai kenal dengan fasi



Persembahan nasyid oleh anak-anak Rumah Putera Harapan


 Latihan dalam kumpulan


Riadah pagi


 Aktiviti membersihkan kawasan rumah







Posted by SISMA_ABIM at 7:18 PTG 0 comments
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Labels: Aktiviti

Isnin, 22 Ogos 2011

Doa Di Malam LAILATUR QADAR



Imam At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan yang lainnya telah meriwayatkan dari Ummul mu'minin Aisyah beliau berkata : aku bertanya wahai Rasulullah jika aku telah mengetahui bila malam lailatul qadar itu, maka apa yang aku katakan pada malam tersebut? Beliau menjawab : katakanlah


اَللَّهُمَّ إنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
"ya Allah sesungguhnya engkau Maha pemaaf, engkau senang memaafkan kesalahan maka maafkanlah aku."

Doa yang barakah ini sangat besar maknanya dan mendalam penunjukannya, banyak manfaat dan pengaruhnya, dan doa ini sangat sesuai dengan keberadaan malam lailatul qadar. Kerana sebagaimana disebutkan di atas malam lailatul qadar adalah malam dijelaskan segala urusan dengan penuh hikmah dan ditentukan taqdir amalan-amalan hamba selama setahun penuh hingga lailatul qadar berikutnya. Maka barangsiapa yang dianugerahi pada malam tersebut al 'afiyah ( kebaikan ) dan al'afwa ( dimaafkan kesalahan) oleh Robbnya maka sungguh dia telah mendapat kemenangan dan keberuntungan serta kesuksesan dengan sebesar-besarnya. Barangsiapa yang diberikan al afiyah di dunia dan di akhirat maka sungguh dia telah diberikan kebaikan dengan seluruh bagian-bagiannya. Dan tidak ada yang sebanding dengan Al 'afiyah tersebut.

Imam Al Bukhari telah meriwayatkan dalam Adabul Mufrad, dan At Tirmidzi dalam As Sunan dari Al-Abbas bin Abdil Muthallib beliau berkata : aku berkata wahai Rasulullah, ajarkan sesuatu (doa) yang aku gunakan meminta kepada Allah , Rasulullah menjawab : mintalah kepada Allah al 'afiyah, maka pada suatu hari aku berdiam diri kemudian aku datang lagi pada Rasulullah aku katakan : wahai Rasulullah ajarkan kepadaku sesuatu yang aku gunakan meminta kepada Allah, maka beliau berkata kepadaku : "wahai Abbas, wahai bapa saudara rasullullah mintalah kepada Allah al 'afiyah didunia dan di akhirat."

Imam Bukhari meriwayatkan dalam Adabul Mufrad, dan At Tirmidzi dalam As-Sunan dari Anas bin Malik bahwasannya beliau berkata : telah datang kepada nabi seseorang yang berkata : wahai Rasullullah doa apa yang afdhal? Beliau menjawab: mintalah kepada Allah al 'afwa wal 'afiyah ( ampunan dan kebaikan ) didunia dan akhirat. Kemudian orang tersebut datang di hari besoknya sembari berkata : wahai nabiyulloh doa apa yang afdhal? Beliau menjawab : mintalah kepada Allah al 'afwa wal 'afiyah ( ampunan dan kebaikan ) didunia dan akhirat, maka apabila kamu di beri al 'afiyah di dunia dan akhirat berarti sungguh kamu telah mendapat kemenangan."

Imam Bukhari meriwayatkan dalam Adabul Mufrad dari Ausath bin Ismail beliau berkata : aku telah mendengar Abu Bakar Ash Shiddiq berkata setelah meninggalnya Rasullullah : " Nabi pernah berdiri pada tahun pertama di tempat berdiriku ini kemudian Abu Bakar menangis lalu berkata : wajib bagi kalian untuk jujur, karena dia bersama dengan kebaikan, dan keduanya berada di syurga. Dan tinggalkan dusta karena dia bersama dengan kejahatan yang keduanya di neraka. Mintalah kepada Allah al-mu'afah (saling memberi maaf), karena tidak ada yang datang setelah al yakin yang lebih baik dari pada al-mu'afah. Janganlah kalian saling memutus hubungan, dan jangan saling membelakangi, saling hasad, saling membenci, dan jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara.

Untuk ini sesungguhnya termasuk kabaikan bagi seorang muslim untuk memperbanyak doa yang barakah ini disetiap waktu dan dimanapun terlebih dimalam lailatul qadar yang akan dijelaskan segala urusan dengan penuh hikmah dan ditentukan takdir dan hendaknya seorang muslim mengetahui bahwasannya Allah Maha mengampuni lagi Maha mulia lagi Maha pemurah yang senang memberi maaf.

"Dan dialah yang menerima Taubat dari hamba-hamba-Nya dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan," (As Syura : 25)

Dan Allah senantiasa terus dan tiada henti hentinya dikenal sebagai dzat yang suka memaafkan kesalahan-kesalahan dan disifati dengan pemberi ampunan. Setiap orang sangat membutuhkan kepada pemberian maaf-Nya dan ampunan-Nya. Janganlah seorang merasa tidak butuh dari keduanya. Sebagaimana dia senantiasa membutuhkan rahmat serta kasih sayang-Nya. Maka kita memohon kepada-Nya untuk memasukkkan kita kepada golongan yang dia maafkan dan menjadikan kita termasuk golongan yang dirahmatinya. Dan agar kita diberikan kemudahan dan kemampuan untuk mentaatinya. Semoga Allah berikan petunjuk kita kepada jalan yang lurus. (Aamin Yaa Rabbal 'alamin Wal Hamdulillah 'ala kulli ni'matihi.Pent).

(dikutip dari kitab Fiqhul Ad'iyyah wal adzkar karya Syaikh Abdurrazzaq bin Abdil Muhsin Al-Badr. Hal 265 – 269. Alih Bahasa : Al Ustadz M. Rifai.)
Posted by SISMA_ABIM at 5:21 PTG 0 comments
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Labels: Artikel SISMA

Rabu, 10 Ogos 2011

Tangis Perpisahan (Ramadhan)




Bismillahirrahmaanirrahiim..!

Apakah kita termasuk yang merindukan kehadiran bulan Ramadhan, saudaraku? Jika ya, inilah keindahan bulan yang kita sangat rindukan itu sedang bersama kita. Inilah detik demi detik waktu, kita lalui bersamanya. Inilah masa-masa bahagia, masa-masa semakin dekatnya jiwa bersama Allah, masa-masa kedamaian, hal yang belum tentu kita temui saat ia tidak bersama kita lagi.

Saudaraku,
Hiruplah dalam-dalam udara malam-malamnya. Hiruplah dalam-dalam udara sahurnya. Kita kini sedang berada pada hari-hari perpisahan yang sangat memilukan. Perpisahan dengan bulan mulia yang telah hadir bersama seluruh keindahan dan keistimewaannya bersama kita. Perpisahan dengan bulan terindu yang keutamaannya tak dapat dikalahkan oleh apapun yang terindah dalam hidup.
 
Jika Rasulullah bersabda, "Barang siapa melakukan satu ibadah sunnah dalam bulan Ramadhan, maka ia seperti orang yang melakukan ibadah wajib di bulan selain Ramadhan. Dan barang siapa yang melakukan ibadah wajib di bulan Ramadhan maka ia seperti orang yang melaksanakan 70 ibadah wajib di selain bulan Ramadhan". (HR Ibnu Khuzaimah). Maka, berpisah dengan bulan ini berarti kita meninggalkan kesempatan meraih pahala kebaikan yang berlipat-lipat.

Jika Rasulullah bersabda, "Ada dua kegembiraan bagi orang yang berpuasa, kegembiraan saat berbuka dan kegembiraan tatkala bertemu dengan Allah." (HR. Al-Bukhari dan Muslim).. Maka, perpisahan dengan bulan ini, berarti terlewatnya dua momentum kegembiraan di kala buka puasa itu.

Jika Rasulullah bersabda, "Barangsiapa yang berpuasa karena keimanan dan semata-mata mengharap pahala, niscaya diampuni dosanya yang telah lalu. (HR. AlBukhari dan Muslim). Maka, perpisahan dengan bulan ini adalah hilangnya kesempatan kita untuk memperoleh ampunan Allah terhadap dosa-dosa kita yang menggunung.

Saudaraku,
Jika Rasululah bersabda, "Barangsiapa yang menunaikan qiyamul lail pada bulan Ramadhan karena keimanan dan mengharapkan pahala, niscaya akan diampuni dosa-dosa-nya yang telah lalu." (HR. Al-Bukhari dan Muslim) Maka usainya kebersamaan kita dengan bulan Ramadhan adalah lenyapnya kesempatan kita untuk menunaikan sholat malam dengan jaminan pahala ampunan atas dosa dan kekhilafan, yang kita sudah tenggelam di dalamnya.

Jika Rasulullah bersabda, "Siapa saja yang shalat tarawih bersama imam hingga selesai, akan ditulis baginya pahala shalat semalam suntuk (HR. Abu Dawud, At-Tirmidzi, An-Nasai dan Ibnu Majah) Lalu bagaimana dengan kualitas ibadah shalat tarawih yang sudah kita lakukan? Perpisahan dengan bulan suci ini, berarti juga kita akan kehilangan pahala shalat tarawih. Kehilangan pahala semalam suntuk. 

Saudaraku,
Jika para salafushalih, selama bulan ini berlomba memperbanyak membaca AlQur’an. Malaikat Jibril memperdengarkan AlQuran kepada Rasulullah pada bulan Ramadhan. Utsman bin Affan mengkhatamkan Al-Qur’an setiap hari pada bulan Ramadhan. Sebagian salafushalih mengkhatamkan Al-Qur’an dalam shalat tarawih setiap tiga malam sekali, tujuh malam sekali dan sepuluh malam sekali. Mereka selalu membaca AlQur’an baik di dalam shalat maupun di luar shalat. Jika Imam Asy-Syafi’i dapat mengkhatamkan Al-Qur’an sebanyak enam puluh kali di luar shalat dalam bulan Ramadhan. Sementara Al-Aswad mengkhatamkannya setiap dua hari sekali. Qatadah selalu mengkhatamkannya setiap tujuh hari sekali di luar Ramadhan, sedangkan pada bulan Ramadhan ia mengkhatamkannya setiap tiga hari sekali. Dan pada sepuluh terakhir bulan Ramadhan ia mengkhatamkannya setiap malam. Pada bulan Ramadhan Imam Az-Zuhri menutup majlis-majlis hadits dan majlis-majlis ilmu yang biasa diisinya. Ia mengkhususkan diri membaca Al-Quran dari mushaf. Dan Imam Ats Tsauri, beliau meninggalkan ibadah-ibadah lain dan mengkhususkan diri untuk membaca Al-Quran.

Saudaraku,
jika mereka demikian tinggi semangat dan mujahadahnya (kesungguhannya) membaca Al-Qur’an di bulan ini. Bagaimana dengan ibadah membaca Al Qur’an yang kita lakukan? Bila Ramadhan berlalu, berarti kita pun kehilangan kesempatan agung untuk memperoleh barakah istimewa dari membaca Al Quran di bulan ini…

Jika Allah berfirman, "Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur’an) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan (QS. Al-Qadr: 1-3). Dan jika Rasulullah senantiasa mencari malam Lailatul Qadr dan memerintahkan sahabat untuk mencarinya. Beliau membangunkan keluarganya pada malam sepuluh terakhir dengan harapan mendapat malam Lailatul Qadr. Jika dalam Musnad Ahmad dari Ubadah, Rasulullah bersabda: "Barangsiapa yang bangun sebagai usaha untuk mendapat malam Lailatul Qadr, lalu ia benar-benar mendapatkannya, nescaya akan diampuni dosa-dosanya yang lalu dan yang akan datang."

Jika kaum salaf dari kalangan sahabat dan tabiin mandi dan memakai minyak wangi pada sepuluh malam terakhir untuk mencari malam Lailatul Qadr, malam yang telah dimuliakan dan diangkat derajatnya oleh Allah. Maka perginya bulan ini dari sisi kita, berarti terlewatnya kesempatan yang tak pernah terbayar dalam seluruh hidup kita sekalipun. Berarti, lenyapnya kesempatan kita memperoleh keberuntungan 1000 bulan yang sangat jauh lebih lama ketimbang usia kita sendiri.

Saudaraku,
Jangan sia-siakan detik detik perpisahan ini. Rasakan benar-benar kehadiran kita di sini, di bulan ini. Lantunkan dzikir, tilawah Al Qur’an, munajat, permohonan ampun di sini. Buang kepenatan, hilangkan rasa lelah, dan paksalah diri ini. Hanya untuk hari-hari terakhir menjelang perpisahan dengan bulan penuh kemuliaan. Kejarlah segala yang terluput dari diri kita pada malam Lailatul Qadar. Sekarang, saudaraku. Jangan tunda lagi.

Dan, menangislah. Karena kita pun harus berpisah dengan bulan ini…


Sumber: Lentera Kehidupan


Posted by SISMA_ABIM at 4:20 PTG 0 comments
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Labels: Artikel SISMA
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catatan (Atom)
  • Home
  • Mengenai SISMA
  • Alamat Perhubungan
  • Saf Pimpinan
  • Budaya SISMA
Light Green Pointer

MENGENAI SISMA

Foto saya
SISMA_ABIM
Sembulan, Kota kinabalu, sabah, Malaysia
Biro Siswazah Muda ABIM Sabah lebih dikenali sebagai SISMA.
Lihat profil lengkap saya

VISI SISMA

Membentuk Khairah Ummah

MISI SISMA

Memimpin Belia Islam

MOTO SISMA

Menegakkan kebenaran dan keadilan

PAGE SISMA SABAH

Siswazah Muda ABIM Sabah (SISMA)

Promote your Page too

LOGO SISMA

LOGO SISMA

LOGO ABIM

LOGO ABIM
(
)
[close]

CATATAN TERKINI

get this widget here

PENGIKUT

BLOG ARKIB

  • ►  2012 (4)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (1)
  • ▼  2011 (27)
    • ▼  Disember (2)
      • Muktamar Siswazah Muda ABIM Sabah (SISMA) sesi 201...
      • Seminar Pemerkasaan Mahasiswa (SPM)
    • ►  November (2)
      • Program Ihya' Ramadhan: Membina Insan Bertakwa
      • PROGRAM KAMI PRIHATIN
    • ►  Ogos (3)
      • Doa Di Malam LAILATUR QADAR
      • Tangis Perpisahan (Ramadhan)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (3)

POPULAR POSTS

  • Program IQRA (Mari Mengenal Islam) Di Kampung Pandiwan, Nabawan, Sabah
  • Sekitar Program Menara Gading 2011 Sabah
  • KEM KEPIMPINAN BELIA ISLAM SIRI 1
  • Muktamar Siswazah Muda ABIM Sabah (SISMA) sesi 2011/2012 (DA'IE MASSA-MEMENUHI CIRI GENERASI AL-FALAH)
  • Ucapan Dasar Muktamar Sanawi SISMA SABAH Kali ke-2
  • HIJAB ITU INDAH
  • Salam Maulidur Rasul 1433 Hijrah / 2012
  • Seminar Pemerkasaan Mahasiswa (SPM)
  • SAHABATKU DI JALAN DAKWAH
  • Bingkisan Ramadhan Al - Mubarak

LABEL

  • Aktiviti (5)
  • Artikel SISMA (5)
  • Hasil Karya (4)
  • Hewi Sisma (3)
  • Kata-kata Hikmah (2)
  • Tazkirah (1)
  • Usrah Helwa ABIM (2)
  • Usrah Sisma (2)

LAMAN PILIHAN

  • Berjasa Kepada Masyarakat
  • GPTD = AIS+3M
  • GPTD-GRUP SRI LANKA
  • Home - ABIM putatan
  • Kelab Generasi Pemuda Tamadun Dunia(also known as Grup Penjejak Tamadun Dunia)
  • Kesatuan Pelajar Islam Johor
  • Laman ABIM Sabah
  • Majlis Hewi Kebangsaan
  • Rumah Putera Harapan
  • SAF ANTI FITNAH
  • Saifulislam.Com
  • Sebutir Kasih Sejuta Sayang
  • SISWAZAH MUDA ABIM SABAH
  • Wadah Pencerdasan Umat (WADAH) Negeri Sabah
  • www.jheains.sabah.gov.my/
Tunjuk 10 Tunjukkan Semua

BLOG PILIHAN

  • Annisaa's Blog
  • Bingkisan kata
  • Cahaya Puteri Agama
  • Generasi Al-Fateh
  • Sesuatu Nan Indah~
  • ULUL ALBAB
  • Yes, I am (^^,)v
  • انتصار
  • ♥ Cahayaku Kasih ♥
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

PAUTAN WEB

  • ABIM Johor
  • ABIM Kelatan
  • ABIM Putatan
  • ABIM Sabah
  • ABIM Selangor
  • Angkatan Belia
  • Islam Malaysia
  • (ABIM)
  • Global Peace
  • Malaysia (GPM)
  • Group Pengkaji
  • Tamadun Dunia
  • (GPTD)
  • Helwa ABIM
  • Minda Madani
  • Online
  • Persatuan
  • Kebangsaan
  • Pelajar Islam
  • Malaysia(PKPIM)

LINK

  • al-firdaus.com
  • Download Nasyid
  • Institut
  • Kefahaman Islam
  • Malaysia (IKIM)
  • Islam Online
  • Islamic Finder
  • Persatuan
  • Pengguna Islam
  • Malaysia (PPIM)

SELAMAT DATANG

KALENDAR

JAM

WAKTU SOLAT


JUMLAH PAPARAN

Langgan

Catatan
Atom
Catatan
Semua Ulasan
Atom
Semua Ulasan

Pages

  • Laman utama
  • Mengenai SISMA
  • Alamat Perhubungan
  • Saf Pimpinan
  • Budaya SISMA
© 2011 Siswazah Muda ABIM Sabah. Powered by Blogger Design by Subhadeep Bloggerized By LawnyDesigns. Imej tema oleh Juxtagirl. Dikuasakan oleh Blogger.